Kamis, 28 April 2011

Singgahsana

Manusia itu sesungguhnya mati,
kecuali yang berilmu,
yang berilmu pula  tertidur,
kecuali yang mengamalkan ilmunya,
yang mengamalkanya pula tertipu,
kecuali yang Ikhlas.
maka,  ingatlah,
janganlah tertipu,
walaupun,
penipuan yang tidak disedari,
ingatlah,
apabila nyata ketiadaan dirimu itu,
maka nyatalah yang ADA,
siapakah yang Ada  itu?
tidak lain,
KEBENARAN (Al Haq),
oleh itu,
“matikanlah dirimu sebelum kamu mati”,
maka,
siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu?
tidak lain,
AKU ( Al Haq) lah yang Ada.
Setelah Dia yang ada,
maka selain dariNya adalah,
fatamorgana,
hanya bayangan,
hanya kekosongan,
dan sesungguhnya Dialah yang meliputi
kekosongan dan ketiadaan dirimu itu,
maka ingatlah,,
kekosongan dirimu itulah,
dan ketiadaan dirimu itulah,
SINGGAHSANA  NYA,
dan di situlah Dia bersemayam,
bukan pada  jasadmu,
bukan pada  jiwamu,
bukan di hatimu,
dan bukan juga pada  ruhmu.
oh,,
betapa indanya ini,
bagi yang mengerti.

Keabadian

Saat dia telah mengenal dirinya yang sejati,
makrifatullah,
maka dia bukan lagi selonggok daging,
atau sekujur tubuh,
Apabila saat perkenalan itu telah tiba,
'
maka dzikirnya tidak lagi dengan suara atau dengan gerak,
tetapi dzikirnya adalah melihat siapa yang dia ingat,
Allah,
Dia melihat wajah Allah,
di manapun dia berada,
dan,
dia tidak lagi melihat mati itu, suatu kematian,
kerana,
sesungguhnya,
ketika itu,
Dia menyusuri ruang waktu,
milik Allah,
dan bersama Allah.
Ketika itu,
Salik adalah Cahaya Allah di bumiini,
dan dia tetap menjadi Cahaya milik Allah,
saat di akhirat nanti,
dan,
sesungguhnya,
kerana,
dia adalah milik Allah,
terserah kepada Allah,
mahu dibuat apa,
Salik itu.
'
'
'
TAMBAHAN KATA
'
Ilusi insan, ilusi alam
Ilusi Tuhan, ilusi Hamba
Semuanya ilusi, semuanya sangkaan, semuanya TabirNya.
'
Tiada salah, tiada benar
Tiada imam, tiada makmum
Tiada anak, tiada isteri
Tiada ulama’, tiada jahil,
Semuanya TabirNya.
'
Tiada zahir, tiada batin
Tiada awal, tiada akhir
Tiada kufur, tiada iman
Tiada Rasul, tiada umat
Semuanya TabirNya.
'
Tiada ugama, tiada falsafah
Tiada mazhab, tiada tariqat
Tiada mazkur, tiada zikir
Tiada madlul, tiada dalil
Tiada sembahan, tiada yang disembah
Semuanya TabirNya.
'
Yang ada hanya Dia, Zat Yang Agung
Hilangkan sekalian sifat, nama dan af’al
Hilangkan sekalian salah-sangka.
'
Hidup bukan untuk berugama
Hidup bukan untuk berselindungdisebalik AlQuran dan AlHadith
Hidup bukan untuk mendabik dada.
'
Lepaskanlah sekalian ilusi mindadan hati
Baru bisa merasa hidup sejati.
Berilah jawaban: Siapa anta?
Jangan takut, jangan ragu
Selagi anta masih menanggung beban ilusi hidup dan mati
Anta tidak bisa berani memberi jawabannya.
'
Hidup yang sejati tidak bisa bercampur-baur dengan kenistaan insan dan dunianya, walaupun serban dan janggutnya putih lagi mulus.
'
Yang disangkanya musibah, sebenarnya rahmat
Yang disangkanya Tuhan, sebenarnya iblis
Yang disangkanya ugama, sebenarnya hawa nafsu ammarah
Yang disangkanya baik, sebenarnya buruk
Yang disangkanya bersih, sebenarnya nista semata
Begitulah sebuah ilusi kehidupan ciptaan Zat Yang Maha Agung.
'
Tawakal adalah perbuatan hati, sedangkan TAUHID adalah ucapan hati. Barangsiapa mengetahui HAKIKAT TAUHID pasti akan gugur darinya pertanyaan MENGAPA DAN BAGAIMANA. Hakikat kedekatan kepada Allah adalah hilangnya rasa pada sesuatu dari hati bergenti ketundukan NURANI kepada Allah,
'
Apabila kamu telah mengenal diri tiada lagi persoalaan, keranakita ini adalah seorang hamba yang hina, sebab itulah kita kenabuat penyerahan hamba kepada tuanNya.
'
Di situlah permulaan bimbingan,yang DIA sendiri akan membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya. Surah Al FATIHAH Ayat 4 & 5 adalah kunchinya, di dalam solat itu sendiri ada rahsianya di mana kita berkata-kata dengan Allah, memujiNya, bertasbih & bermunajat denganNya.
'
segala-galanya termaktub apabila sesaorang mendirikan solat, segala rukun iman & islam dizahirkan melalui perbuatan & hati.

Rasa dan kenal

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?
Jikalau boleh bagaimanakah caranya?
Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkandan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak salik yang keliru?
'
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?
Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya,janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.
Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengannyata dan terang?
'
Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.
'
Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.
'
Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.
'
Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkahruginya mereka yang sebegini.
Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.
'
Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang.
'
MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakankehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.
Inilah yang dikatakan ilmu rasa,
Hanya yang merasa yang mengenal.
Dan melihatNya dengan nyata dan terang.

Keberhasilan

Salik berhasil menyaksikan Tuhan
di dalam dirinya
bermusyahadah
mujalasah
dan kemudian  mengalami
kesatuan
yang melarutkan keseluruhan dirinya
di dalam Dzat Allah
Yang Maha Meliputi.
'
'
'
TAMBAHAN KATA.
'
Pulau pandan jauh ketengah..
Gunung daik bercabang tiga…
hancur badan dikandung tanah..
Budi yang baik dikenang juga…
'
pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi dibawa semadi
'
Sugguh menginsafkan rohani. berzikir dgn makrifat. Mengalunkan kata dari hati yangsuci . Meniup keshahduan untuk tenggelam dialam rasa. Senandung zikir kutitipkan. Untuk bahagia bersama kasihnya. Biarlah diuji, asalkan cinta bersemi. Itulah tajalli , cintakan Allah.
'
kita sepatutnya reda diuji,,
ini adalah bagi membuktikan kesetiaan dan kecintaan kita,
kepadaNya,,
bagi yang tak sanggup diuji,, itu menunjukkan cinta palsu semata.
'
iman hendak bertanya ttg bab bersuci. hakikatnya dan bagaimana caranya yg benar danbetul?
sorang sahabat pernah bercerita kepada iman, Rasulullah mendatangi isteri-isterinya padasatu mlm, bagaimana baginda mandi junub sebelum baginda mendatangi isterinya yg lain.
dan bila iman refer buku2 mandihadas dipasaran, terlalu banyak caranya..ada yg wuduk dulu sebelum mandi…ada ,mandi dulubaru wuduk…. dan memacam lg,….boleh saudara terangkan cara yg btul dan benar?
'
sahabat ini juga pernah berkata…jika kita masih tidak bersuci, jangankan membaca Al-quran…memijak bumi, makan, minum pun haram jadinya…boleh saudara terangkan hal ini?
'
hakikat kesucian sesuatu benda mestilah benda itu sendiri,, ia tidak bercampur,,
dengan benda-benda lain.
contohnya,, hakikat kesucian gula adalah gula itu sendiri,, ia tidak boleh bercampur dengan benda lain,,
umpamanya pasir,, jika gula telah bercampur dengan pasir,, maka gula itu tidak suci lagi,,
jadi pasir harus dibuang agar gula menjadi suci kembali,,
begitu jugalah hakikat kesucian antara kita dengan Dia. (harap faham daripada analogi di atas).
simple nya beginilah,, mandi wajib itu ada hukum dan syaratnya,,
apabila kita melaksanakan hukum-hukum yang telah digariskan,,
maka sahlah mandi wajib kita itu,, jika bersalahan dengan hukumnya,
maka tidak sahlah mandi wajib kita itu.
jadi untuk memperolehi mandi wajib yang sah, ketahuilah hukum dan syaratnya
dahulu,, baru laksanakannya,, kesimpulannya buatlah sesuatu itu dengan ilmunya.
bagi ana, cara pelaksanaannya,, selagi tidak bersalahan dengan hukumnya,, boleh saja,,
yang mana nak didahulukan atau dikemudiankan.
'
Berrsucilah lahir dan batin.
bila berhadas dan hendak mennyucikan lahir, secara lahiriahnya adalah dgn air dan perlaksanaannya berdasarkan garis panduan yang telah disyariatkan. Perkara2 lahir, memang tertakluk kepada tatacara dan masa. Buatlah dengan ilmu , selagi tidak bersalahan.

Melihat

Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal iaTuhannya.
Golongan ini adalah apa yang dikatakan golongan makrifatullah,
Bagi yang  makrifatullah,   tatakala mereka memandang ke sekeliling atau di luar dirinya,
maka apa yang dilihatnya adalahdirinya jua. Kerena bagi mereka alam dan dirinya esa jua, tiada dua dan tiada tiga.
Nah jikalau begitu,,
Jikalau sekelian alam dan dirinyaesa, nescaya yang dilihatnya adalah dirinya jua.
Seperti Sabda Rasullulah:
Ra’aitu rabbi bi ayni rabbi.
Ku lihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.
Ra’aitu rabbi bi rabbi:
Ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.

Cahaya hadhis

Pada kali ini, ana akan membincangkan tentang keesaan wujud atau dalam bahasa Arabnya Wahdat al wujud. Bagi ahli sufi keesaan wujud amat penting difahami kerana kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur.
'
Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari-pencari (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini).
'
Dan beliau dengan lebih berani menyatakan: Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA.
'
Wah, sungguh berani pernyataanbeliau (tetapi ia ditujukan kepada khalayaknya), dapatkah semua orang menerima pendapat yang sebegitu, tetapi hakikatnya itulah makrifatullah yang sebenar, yang dipegang oleh ahli-ahli sufi besar yang lain.
'
Baiklah sekarang cuba kita lihat tentang Hadis Qudsi, yang sangat popular di kalangan pencari-pencari (sufi) yang setia.
Sesiapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya mengenal ia Tuhannya:
'
Berdasarkan hadis tersebut, ia cuba menyatakan bahawa Dia tidak bersama atau bersekutu dengan sesiapa atau dengan apa-apa pun, sama ada zahir dan batin, sama ada sekarang, masa lalu ataupun masa akan datang.
'
Dia juga tidak di atas, di bawah, di kanan atau di kiri, dan tiada siapa pun atau apa pun yang hampir atau jauh dariNya. Tidak ada masa tidak ada ketika, tidak ada penzahiran dan tidak ada tempat yang bersangkutan dengan Dia. Bahkan Dia dahulu sama dengan Dia sekarang. Dia satu (wahid) tanpa kesatuan (wahidiyah).
'
Dia bukan nama atau benda yangdinamakan, kerana namaNya adalah Dia dan benda yang dinamakan adalah juga Dia. Tidak ada nama selepas namaNya dan tidak ada nama selain namaNya.
'
Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Dzahir dan Yang Bathin. Tidak ada yang lain selain Dia.
Tiada yang melihat Dia, kecuali Dia. Tidak ada nabi, wali ataupunmalaikat yang kenal Dia. Hanya Dia yang kenal Dia. Dia mengutus diriNya kepada diriNya sendiri dengan cara diriNya sendiri, dari diriNya sendiri kepada diriNya sendiri. Tidak ada penyebab kecuali diriNya sendiri. Tidak ada perbezaan antara “yang mengutus” dengan “yang diutus” dan “yang menerima utusan”.
'
Kenabian dan kerasulan itupun diri Dia sendiri juga. Kerana itulah Rasullulah saw bersabda:
Siapa yang mengenal dirinya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Sekarang cuba kita lihat pula satu lagi Hadis Qudsi yang popular di kalangan sufi.
Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku:
'
Ramai orang tidak pasti dengan apakah maksud hadis ini, bahkan ada yang menolaknya. Cuba kita fikirkan kalau frasa itu tidak benar, wau,, mana mungkin tidak benar, kerana hadis adalah kata-kata Rasulullahsaw, beranikah ente tidak percaya kepada sabda  Rasulullah?.
'
Baiklah ana teruskan perbincangan, hadis tersebut mahu manyatakan bahawa:
Ente bukanlah ente sebenarnya, tetapi ente itu adalah Dia, dan tidak ada ente.
'
Ini bukan bermakna Dia memasuki (hulul) ente atau timbul daripada ente, ataupun ente memasuki Dia. Ini juga bukan bermakna ente memiliki sifat-sifat atau memiliki wujud. Tetapi sebaliknya apa yang dimaksudkan hadis tersebut adalah ente langsung tidak wujud, dan tidak akan ada wujud, sama ada oleh diri ente sendiri ataupun melalui Dia, ataupun dalam Dia, ataupun dengan Dia.
'
Dan juga tidak boleh dikatakan, ente dahulu wujud tetapi sekarang tidak berwujud lagi, ataupun sekarang ente masih berwujud. Sila ambil perhatian, isi penting yang hendak dinyatakan oleh hadis itu adalah:
'
Dia adalah ente dan ente adalah Dia.
Jikalau ente kenal diri ente dengan cara kesufian ini, maka ente telah kenal akan Dia, jikalautidak demikian adanya, sesungguhnya ente tidak kenal akan Dia, tetapi hanya kenal diri ente yang tidak berwujud itu.
'

Rabu, 27 April 2011

Keesaan Nur Muhamad

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal  daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.
'
Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksudcahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.
Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.
'
Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.
'
Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini.
'
Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.
'
Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi.
'
Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.
'
Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.
Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang MahaPencipta.
'
Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.
'
Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasidengan pembimbing ante itu.
'
Apabila ante telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai Allah, kerana Allah menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah seperti mencintaiKU.
Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad,kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Sebagai  santapan jiwa,  ana lampirkan syair sufi terkenal  Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:
Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Penyaksian tauhid

Tauhid (atau pun keesaan) bagi yang telah menyaksikan (basyariah) Allah terbahagi kepada dua:
'
1                   Tauhid Dzati (atau Tauhid Rububiyah)
2                   Tauhid Syuhudi (atauTauhid Uluhiyah)
Cuba kita perhatikan dahulu apa dan bagaimana yang dikatakan Tauhid Dzati itu:
'
1                   Tauhid Dzati
Salik itu merasakanA keesaan dalam Dzat Yang Esa, ini selalu dirasakan, tidak kira di mana saja ia berada, kepada salik itu tidak mungkin Dzat Yang Esa itu,tidak ada, walaupun sesaat.
'
Peringkat ini merupakan makamHaqqul Yakin, atau juga disebut wahdah al wujud (esa dalam wujud), bagaimnapun ini baru peringkat rasa,  iaitu salik merasakan Dzat Allah sentiasa bersamanya, atau juga boleh dikatakan salik larut dalam Dzat yang suci itu, yang tinggal hanyaAllah.
'
Bagaimanapun, di atas peringkatini ada lagi satu peringkat, iaitu peringkat penyaksian tajali Allah.
'
2                   Tauhid Syuhudi
Setelah salik menempuh fana dan sirna fana itu (baqa), maka muncullah penyaksian… tajalli Illahi.
'
Pada saat itu  benar-benar penglihatan dan penyaksian salik tertumpu kepada  Allah. (makam Isbatul Yakin). Salik menyaksikan kehadiran Dzat Yang Mutlak… tajalli Dzat Illahi.
'
Kajian (pelajaran) ini tidak banyak dibincangkan, dan tidak banyak diteorikan, tetapi hanya dipraktiskan oleh mereka, yang dibukakan rahsia ini oleh Allah. Kerana ia termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.
'
Bagaikan kata saudara Tahjud nan mulia, “Allah sangat boleh dikenali, tetapi tidak dapat diperkenalkan”.
'
Kerana  apa?
Kerana  Allah  hanya dapat dikenali apabila Dia memperkenalkan DiriNya kepadaDiriNya.
'
Dalam penyaksian Tajalli Dzat Allah ini, jasad tidak bergerak (dilihat: bahasa kiasan) sama-sekali. Jikalau jasad masih bergerak dan fikiran masih bergerak, maka batallah apa yang disaksikan.
'
Atau dengan lain perkataan, kehadiran Dzat Allah, sebagai kurnia yang dimukasyafahkan (dibukakan) kepada Si Penyaksi menjadi gelap (terhijab).
'
Sejajar dengan makam ini, sufi terkenal Ibn Arabi, menjelaskanya dalam bentuk syair:
'
Jika telah fana salik menuju Tuhannya,
Kemudian menjadi sirna kefanaan,
Maka muncullah yang NYATA,
Mata hari dalam kesucian terbit di dalam guanya,
Dzat Yang Maha Wujud dimakamteratas HadiratNya,
Terlihat NYATA,
Terlihat Yang Esa tanpa bilangan tidak terbilang,
Dalam kesaksan keindahan pada peringkat darjat ketajalian
(satu per satu).

Nama Rahasia

Topik yang dipaparkan ini, adalah penting, jikalau pembaca tidak  faham,  harap baca berulang kali sehingga mendapat kefahaman. Kita mulakan dengan satu soalan berkaitan ketuhanan.
Soalan:
Minta penjelasan…
1. Apakah serba Tuhan itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
2. Apakah serba hamba itu dari segi Zat, Sifat dan atau Af’al Allah?
jawapan soalan 1: tuhan itu adalah dzat semata-mata,,
itu sebabnya ada perbezaan antara tuhan dan makhluk,,
walaupun makhluk daripada dzatnya juga, tetapi makhluk
adalah selepas pentajalian,,
itulah sebabnya jika mahu kembali kepada dzat harus melepaskan segala
pembatasan (takyunat) agar dapat kembali menjadi dzat yang mutlak.
jawapan soalan 2:
hamba atau makhluk adalah adalah hasil daripada pentajaliandzat allah.
Jawapan Sdr Tahjud.
Perkara kita menuntut ilmu..di saat kita sulit memahami sesuatu
 soalan berkaitan ketuhanan.. cubalah tafakurkan insyaallah ada jalanya yang diberikan Allah.. itu adalah Rahmat dari Allah…menjadi sutu temuan..(penemuan yang baru).
Cuba fikirkan, kenapa Tuhan dinamakan Allah?
'
1                   Kerana  ada Dzat, ertinya  diri Allah taala,  tetapi jangan Dzat mutlak semata, dia mempunyai nama Asli (nama yang Ke-100).
2                   Kerana ada sifat, ertinya ada rupa
3                   Kerana ada asma (nama Asli), baru nama pangkatnya iaitu Tuhan, dan nama jabatannya Allah.
4                   Kerana ada afaal, ertinya kelakuan.
.Segala kesempurnaan dzat, sifat, asma dan afaal itu terhimpun dan  dinamakan  RAHASIA, (pada nama yang ke-100).
Mari kita perhatikan tentang tajali secara ringkas:
'
1                   Tajali dzat
2                   Tajali sifat
3                   Tajali Asma
4                   Tajali afaal
Tauhid pula secara ringkas:
Tauhidnya adalah untuk mensyahkan rukun Syahadat, yang berjumlah empat perkara:
1.Tauhidul dzat, iaitu mengesakan pada zat, iaitu yangada  pada nama Rahasia (mengesakan dzat pada Rahasia)
2.Tauhidul sifat, iaitu mengesakan sifat, iatu pada  nama Rahasia
3.Tauhidul asma, iaitu mengesakan asma, iaitu pada   nama Rahasia
4.Tauhidul afaal, iaitu mengesakan afaal, iaitu pada nama Rahasia.
Walhasil daripada makrifat adalah RASA (merasakan), iaitu dapat  merasakan rasa roh, iaitu seperti apa rasanya.  Dapat pula merasakan rasa Rabbani (ketuhanan), iaitu seperti apa rasanya.
Walaupun 1000 tahun mendefinasikan Allah, jikalau  belum merasakan, maknanya belum berhasil menemui Allah, seperti   mengkhayalkan perkahwinan, tetapi belum berkawin, pasti tidak tahu bagaimana rasanya berkawin.
'
Teka-teki ini kalau anda temukan, anda antara percaya dan tidak percaya, antara yakin dan tidak yakin.
JADI KEBENARAN BERADA  DI ANTARA YAKIN DAN TIDAK YAKIN, ANTARA IA DAN TIDAK IA.  TETAPIKALAU SUDAH YAKIN APABILA DI SEBUT NAMA ASLINYA (nama yangke-100)  MAKA BERGETARLAH HATINYA..
Nama Rahasia Allah nampak aksara arabnya (alif, lam, lam ha)(pada wajah kita)  cubalah (berdiri di hadapan cermin) bercermin.. di  huruf apa hidung,dua lobang hidung, huruf apa pada  kedua mata, hurup apa, mulut dan telinga,  sesudah mulut dan telinga, maka dirahsiakan (nama itu) jangan sampai didengar orang,  setelah tahu nama Rahasia maka tutuplah mulut (jangan beri tahu), tutup telinga..(agar ia menjadi Rahasia).
Mudah-mudahan faham, perkara ini tidak boleh diberitahu secara langsung, hanya dengan isyarat-isyarat jua.
Kesimpulan Keakusan.
'
KESIMPULAN AKUAN  PADA   NAMARAHASIA,  kepada  Allah kena, kepada  hamba pun kena, sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah, (nama yang ke-100),  nama Aslinya disebut ismu al adzim, iaitu sebelum mengetahui Nama Dzat Aslinya (nama yang ke-100):
Sedangkan ALLAH, adalah nama jabatan untuk puji-pujian dan TUHAN ialah nama Pangkatnya..juga untuk puji-pujian.  Nama pangkat dan nama jabatan boleh dinyaringkan.. tetapi apabila menduduki   nama RAHASIA tidak boleh dinyaringkan.. ( kerana ia adalah Rahasia).
'
Seorang salik harus mencari Guru yang murabi mursid untuk menyampaikan Nama Rahasia tersebut..harus dibaiat kerana sifatnya  sangat  Rahasia…. sekalipun (tidak diberitahu kepada ) anak kita sendiri..
Soalan:
Manusia itu tiada daya.. akuan semuanya kerja tuhan, adakah itu jabariyah?
Jawapan:
Untuk ubudiyahnya,  aku .. disandarkan kepada,  lahaulawalaku wata illa billah….(tiada daya dan upayaku…) bagi yang belum mentajalikan asma (belum mengenal nama ke-100)…  makanya  adab ibadah ubudiyahnya ada istigpar.. subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahu akbar, 33x  berjumlah99, dan tambah  lagi satu nama yang Asli (nama yang ke-100), nama yang Rahasia,, nama yang tidak dinyaringkan.
Sedangkan, kesimpulan makrifat(yang sudah tahu nama yang ke-100) iaitu adalah perhimpunan kesempurnaan (dzat, sifat, asma dan afaal) pada  nama Rahasia itu.  Mustahilkenal pangkat (Tuhan) dan jabatan (Allah), tetapi tidak kenalnama Aslinya (Rahsianya)…..anak-anak  juga tau..
'
(Berkaitan pertanyaan ante itu) Betul masih jabariyah..ibarat sekolah tidak ada ijazah..apa lagibelum pernah digurukan..FirmanAllah: Tuhan mengajarkan kalam dan apa yang kita tidak ketahui.
Jadi yang tidak diketahui disuruh cari (carilah nama Rahasia itu).
(Perhatian: Nama Rahasia adalah sama dengan Ismu al Adzim, nama Asli Dzat dan nama yang ke-100)

Menuju Maha Pencipta

Hendaklah salik melintasi alam (dan bukan alam) untuk  menuju kepada Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Tuhan  adalah tujuan yang benar dan yang pertama.
Keadaan salik yang tidak dapat melepaskan diri dari alam atau dengan kata lain syirik kepada Allah, adalah umpama seekor unta yang berputar mengelilingi batu penggiling, walaupun jauh ia berjalan, tapi akhirnya kembali ke tempat asalnya ia bermula, bukankah ini perbuatan yang sia-sia dan membuang waktu.
'
Oleh itu, keluarlah dari perbuatan yang sia-sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta. Bagaimanapun untuk memasuki wujud tersebutterdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui, sebelum sampai ke matlamat yang dituju (Wujud Allah).
'Yang pertama membebaskan diridaripada penjara alam jasad:
Penjara alam jasad adalah hawa nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
'
Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan salik menuju Penciptanya.
'
Penjara kedua adalah dunia.
Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada salik. Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis nikmat yang seronok dan menghairahkan. Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara syahwat. Jikalau salik lalai dan panjang angan-angan, maka nampaknya tidak ada kemungkinan salik itu dapat bebas daripada penjara ini.
'
Penjara ketiga adalah akhirat.
Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam penjara ini lebih enak daripada penjara dunia, di sini hidangannya adalah pahala, syurga dan bidadari yang cantik lagi menggoda. Rantai yang membelenggu  dalam penjara iniadalah kehendak dan keinginan diri sendiri. Menganggap diri sendirilah yang melakukan segala sesuatu sama ada baik atau buruk.
'
Penjara keempat adalah alam malaikat.
Inilah penjara alam maujud yangterakhir. Hidangan yang terdapatdalam penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Rantai yang membelenggu  salik dalam penjara alam malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak diri sendiri dan kesadaran tentang diri sendiri, iaitu segala yang dilakukan adalah atas daya diri sendiri bukan kurniaan Allah SWT.
'
Untuk keluar dari penjara ini perlulah menghapuskan segala kehendak, keinginan, cita-cita dan angan-angan dengan menyadari bahwa salik adalah kosong, yang ada hanyalah Allah semata-mata.
'
Penjara kelima adalah ilmu Allah SWT.
Ilmu Allah SWT bukanlah alam, sebagaiman empat penjara yang sebelumnya, yang mana penjara-penjara tersebut adalah alam ciptaan Penciptanya. Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan dengan hal-hal ketuhanan itu sendiri.
'
Hidangan yang terdapat dalam penjara ilmu ini adalah rahsia-sahsia yang ghaib-ghaib tentang hukum-hukum  Allah SWT. Dalamhal ilmu Allah ini, salik dapat melihat pentadbiran Tuhan yang menggerakkan alam dan semua kejadian yang berlaku di dalamnya. Ilmu Allah sangat luas dan  tidak bersempadan.
'
Salik yang asyik dengan ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh itu, ilmu hanya dijadikan sebagai kenderaan menuju kepada Yang Maha Pencipta, tetapi ilmu itu bukanlah sebagai tujuan terakhir.
'
Penjara keenam adalah makrifatullah.
Ini adalah penjara yang paling kukuh, ilmu Allah dan makrifatullah bukanlah alam maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan, hidangan yang terdapat di sini adalah hakikat-hakikat,  hal-hal dan rahsia-rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?
Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau ante telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah ante, bahawa ante telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapaioleh ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada makrifatullah.
'
Jika ditanya pula,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh makrifatullah?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian aku yang paling tinggi adalah ke tahap  Dzat Allah,  tetapi aku tidak dapat mengenali Dzat Allah.
 Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para nabi dan wali-wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dia (Dzat Allah) dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya.  Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Nah,,,
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke makam makrifatullah,janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara makrifatullah, barulah ante bolehsampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Tapi,,,
Bagaimana ante boleh keluar dari penjara makrifatullah?
Keluarlah ante dengan tajrid (penganggalan atau pelepasan). Pelepasan dari segala sesuatu termasuk diri ante sendiri adalahsyarat utama untuk sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.
Ante perlulah melepaskan ilmu pengetahuan ante, amal ibadah ante, makrifat ante, sifat ante, nama ante, bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah ante bertemu Allah SWT seorang diri dan tanpa bekal, tanpa apa-apa pun, hanya dengan KurniaNya jua.

MANUSIA DAN NAFSU

Rasullullah SAW Bersabda:
“INNA AURAMA YANJURU MIN AKMALIHIS SHALAT PA’IN ZAJAT LAHU NUJIRA FISA IRI AKHMALIHI WAINLAM TAJUD LAHU YANJURU FISAI IN MIN AKHMALIHI BAKDA”
'
Artinya: Sesungguhnya yang mula-mula dilihat oleh Allah dari amal perbuatan dari anak manusia adalah shalatnya. Apabila shalatnya sempurna maka diterimalah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. Jikashalatnya tidak sempurna maka ditolaklah shalatnya itu dengan amal-amal yang lain. (HR,Al-Hakim).
'
“YAKTI ALANNAASI ZAMANU YUSALLUUNA WAYA TUSALLUUN “
Artinya : Akan datang kepada manusia suatu zaman, banyak yang shalat padahal sebenarnya mereka tidak Shalat (HR.Ahmad).
FAWAILUL LIL MUSALLIN… …..Makacelakalah bagi orang-orang yang shalat.
'
ALLAZINAHUM AN SHALATIHIM SAHUN
…….(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya. (QS Al-Maun: 4,5)
QAD AFLAHA MAN TAJAKKA, WAJA KARAS MARABBIHI FASHALLAH
Artinya :Sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang selalu mensucikan dirinya (jiwanya).
Dan ia ingat nama Tuhannya lalu ia shalat . (AL-A’LQA: 14,15).
'
MANUSIA
Tatkala manusia dilahirkan ke dunia.  Bayi itu menangis dan tangisan tersebut mengandung makna sebagai berikut :
'
1.Tangisan pertama manusia itumerasa berat bebannya karena harus menanggung Rahasia Allah(Nyawa/ Roh).
'
2. Tangisan kedua manusia merasa gembira karena telah dilahirkan ke dunia dan menjadi mahluk yang termulia.
Bayi yang berumur satu hari membawa kalimah pikun  dan ketika Bayi mulai ketawa Ahmadnamanya. Kemudian masa genggaman tangan mulai terbuka Muhammad Namanya, sampai akil Baliqh, namanya Muhammad. Dan pada masa akil Baliqh inilah segala perintah Allah wajib baginya.
Manusia atau Insan terdiri dari :
'
1. Jasmani atau Jasad Kasar
2. Rohani atau Jasad Halus
Jasmani atau Jasad kasar ini dinamakan Muhammad. Sedangkan Rohani atau Jasad Halus dinamakan diri Bhatin atau Roh atau diri Rahasia Allah. Tanpa diri batin atau Roh, manusia itu disebut mayat.
Jadi yang dinamakan manusia itu karena dia menanggung Rahasia Allah (nyawa/Roh).
Karena manusia menanggung Rahasia Allah (diri Bhatin/Nyawa/Roh) maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, iaitudiri yang sebenar-benarnya diri dan dengan mengenal dirinya manusia akan mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudahkembali menyerahkan dirinya kepada yang punya diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT, yaitu tatkala berpisah antara Roh/Nyawa dengan Jasadnya.
'
Manusia akan berguna di sisi Allah jika ia dapat menjaga Rahasia Allah (Nyawa/Roh), yaitu diri yang sebenar-benarnya diri. Sehingga sembahyang itu bukan berarti menyembah, tapi suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kitaitu  hanyalah diri Allah semata.
'
Kita menyaksikan bahwa diri kitalah yang membawa dan menanggung Rahasia Allah SWT, dan tiada sesuatu pada diri kita hanya Rahasia Allah semata, serta tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.
'
“INNA ‘ARADNAL AMANATA ‘ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL. FA ABAINA ANYAH MIL NAHA WA’ASFAKNA MINHA WAHAMALAHAL INSANU” (Al-Quran Surat AL-AHZAB: 72)
Artinya : “Sesungguhnya kami (Allah) lelah menawarkan suatu amanat kepada langit, Bumi, danGunung-gunung, tapi mereka enggan menerimanya (Memikulnya) karena merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya”.
'
Dan karena Firman Allah inilah kita mengucap (syahadah).
“ASHADU ALLAA ILAA HA ILALLAH, WA ASHADU ANNA MUHAMMAD DARRASULULLAH”.
Artinya: Kita bersaksi dengan diri kita sendiri, bahwa tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah SWT. Semata, dan tubuh zahir kita (Muhammad) sebagai tempat menangggung Rahasia Allah.
'
ALLAHUMMA SHALLI ‘ALA SYAIDINA MUHAMMAD WA’ALA ALISYIDINA MUHAMMAD. KAMA SALAITA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM,WABARIK ‘ALA SYAIDINAMUHAMMAD, WA’ALA SYAIDINA MUHAMMAD, KAMA BARAKTA ‘ALA SYAIDINA IBRAHIM, WA’ALA SYAIDINA IBRAHIM. FIL ALAMIN INNAKA HAMIDUN MAJID. (salawat)
Dasar Hukumnya.
WA FII ANFUSIKUM AFA LAA TUBSHIRUUN.
Artinya : “Aku (Allah) ada pada dirimu (Jiwamu) mengapa kamu tidak memperhatikan.(tidak melihat). (AL-QUR’AN Surat AL-ZARIYAT: 21.)
WALIL LAHIL ASMA’UL HUSNA FAD ‘UHU BIHA.
Artinya : “Hanya milik Allah Asma’ul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut Asma’ul Husna itu (QS.AL-ARAF: 180).
INNAMA YATAZAK KARU ULUL-ALBAB
Artinya : “ Hanya orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran ini.
(QS.AR-RADU: 19).
ALLAZINA YUFUNA BI’AHDILLAHI WALA YAN QUDUNAL MISAQ
Artinya : “(yaitu) orang-orang yang memenuhi janji. (QS.AR-RADU: 20).
NAFSU
Suatu perlakuan naluri manusia yang mendorong manusia berperilaku menyimpang yang bertentangan dengan syariat danhakekat Allah SWT. Karena nafsu itu merupakan tahap hijab yang harus ditembus atau dipecahkan oleh seorang anak manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya.
Tanpa memecahkan dinding hijab ini manusia tidak mungkindapat kembali kepada Tuhannya semasa hidupnya di dunia atau mematikan dirinya sebelum mati.
Tujuh (7) martabat nafsu:
NAFSU AMARAH——–dimurkai Allah
NAFSU LAWAHMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MULHAMAH—-dimurkai Allah
NAFSU MUTMAINAH—diridhai Allah
NAFSU RADIAH——–diridhai Allah
NAFSU MARDIAH—–diredhai Allah
NAFSU KAMALIAH—-disempurnakan Allah
WALAKAT HALAKNA PAUKA KUM SAB’ATARA-IKA
Artinya : Kami telah menciptakandirimu tujuh jalan (nafsu). (Q.S. Al-Mu’minun: 17)
Memancarnya suatu nur di dalamJantung itulah yang dinamakan kalbu. (Iman)
Setelah memecahkan dinding hijab yang disebut Nafsu Amarah
Innan Nadsa la-am maratun bissu-i
Artinya : Sesungguhnya nafsu amarah itu senantiasa menyuruhberbuat jahat.

Penyaksian mata hati

Penyaksian hakiki mata hati berlaku apabila salik mengalami suasana (hal) yang menyebabkandia menafikan kewujudan dirinya dan menetapkan kewujudan Allah. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhananyang dialami oleh qalbu salik tersebut.
'
Mata hati salik hanya melihat kepada wujud Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Salik yang berada dalam keadaansebegini telah fana  daripada sifat-sifat kemanusiaan.
'
Penyaksian mata hati adalah jauh lebih tinggi daripada ilmu makrifat, kerana penyaksian itu adalah hasil daripada perjalanan panjang, keteguhan hati, dan pengalaman pahit getir yang dialami salik dalam menempuh perjalanan pulang ke kampung akhirat (kembali kepada Allah).
'
Penyaksian mata hati ini adalah setinggi-tinggi keyakinan terhadap kewujudan Allah, inilahyang dikatakan Isbatul Yakin. Salik yang telah mengalami isbatul yakin, maka syahadahnyabukan lagi  syahadah yang palsu,tetapi beliau  melihat wujud Penciptanya dengan nyata ketikabersyahadah. Hanya syahadah yang sebeginilah yang dapat menjamin keselamatan salik di dunia dan di akhirat.
'
Pada penyaksian ini salik tidak lagi melihat kepada ketiadaan diri atau kewujudan dirinya, tetapi salik melihat wujud Allah dalam segala sesuatu.
Penyaksian mata hati adalah melihat wujud Allah tanpa dinding, tiada lagi antara, antarasalik dan Penciptanya. Tiada lagi antara, antara  kedua-duanya.
'
QS Al Hadid 4: Dia bersama kamudi mana saja kamu berada.
Sejajar dengan Firman yang mulia itu,  sememangnya, salik tidak lagi terpisah daripada Allah.  Penyaksian mata hati ialah salik melihat Allah dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangan salik terhadap makhluk tidak lagi menutup pandangannya kepada Penciptanya. Di sinilah makam keteguhan yang terdapat di dalamnya ketenangan dan kedamaian yang kekal.
'
Pada penyaksian mata hati ini, salik tiada lagi ucapan, tiada lagibahasa, tiada lagi ibarat, tiada lagi ilmu, tiada lagi makrifat, tiada lagi pendengaran, tiada lagi kesadaran, tiada lagi hijab, bahkan segala sesuatu sudah tiada lagi, yang ada hanyalah yang Esa.
'
Tabir telah tersingkap, Salik memandang Dia tanpa ibarat, tanpa huruf dan tanpa kata-kata.Allah dipandang dengan mata hati (keyakinan) bukan dengan mata yang ada di kepala. Salik yakin bahawa  Allah lah  yang dipandang, walaupun tiada suatu petunjuk  pun untuk diberitahu dan tiada satu pengenalan pun untuk mengenalinya.
'
Salik yang mengalami suasana ini, beliau kekal bersama Allah pada setiap saat, setiap ruang dan setiap keadaan. Salik yang beginilah yang berzikir (melihat yang diingat) ketika berdiri, duduk dan berbaring, bahkan dalam segala keadaan pun.

Tauhid penyaksian

Tauhid (atau pun keesaan) bagi yang telah menyaksikan (basyariah) Allah terbahagi kepada dua:
1                   Tauhid Dzati (atau Tauhid Rububiyah)
2                   Tauhid Syuhudi (atauTauhid Uluhiyah)
Cuba kita perhatikan dahulu apa dan bagaimana yang dikatakan Tauhid Dzati itu:
1                   Tauhid Dzati
Salik itu merasakanA keesaan dalam Dzat Yang Esa, ini selalu dirasakan, tidak kira di mana saja ia berada, kepada salik itu tidak mungkin Dzat Yang Esa itu,tidak ada, walaupun sesaat.
'
Peringkat ini merupakan makamHaqqul Yakin, atau juga disebut wahdah al wujud (esa dalam wujud), bagaimnapun ini baru peringkat rasa,  iaitu salik merasakan Dzat Allah sentiasa bersamanya, atau juga boleh dikatakan salik larut dalam Dzat yang suci itu, yang tinggal hanyaAllah.
'
Bagaimanapun, di atas peringkatini ada lagi satu peringkat, iaitu peringkat penyaksian tajali Allah.
'
2                   Tauhid Syuhudi
Setelah salik menempuh fana dan sirna fana itu (baqa), maka muncullah penyaksian… tajalli Illahi.
Pada saat itu  benar-benar penglihatan dan penyaksian salik tertumpu kepada  Allah. (makam Isbatul Yakin). Salik menyaksikan kehadiran Dzat Yang Mutlak… tajalli Dzat Illahi.
'
Kajian (pelajaran) ini tidak banyak dibincangkan, dan tidak banyak diteorikan, tetapi hanya dipraktiskan oleh mereka, yang dibukakan rahsia ini oleh Allah. Kerana ia termasuk dalam rahsia-rahsia Allah.
'
Bagaikan kata saudara Tahjud nan mulia, “Allah sangat boleh dikenali, tetapi tidak dapat diperkenalkan”.
Kerana  apa?
Kerana  Allah  hanya dapat dikenali apabila Dia memperkenalkan DiriNya kepadaDiriNya.
'
Dalam penyaksian Tajalli Dzat Allah ini, jasad tidak bergerak (dilihat: bahasa kiasan) sama-sekali. Jikalau jasad masih bergerak dan fikiran masih bergerak, maka batallah apa yang disaksikan.
Atau dengan lain perkataan, kehadiran Dzat Allah, sebagai kurnia yang dimukasyafahkan (dibukakan) kepada Si Penyaksi menjadi gelap (terhijab).
'
Sejajar dengan makam ini, sufi terkenal Ibn Arabi, menjelaskanya dalam bentuk syair:
Jika telah fana salik menuju Tuhannya,
Kemudian menjadi sirna kefanaan,
Maka muncullah yang NYATA,
Mata hari dalam kesucian terbit di dalam guanya,
Dzat Yang Maha Wujud dimakamteratas HadiratNya,
Terlihat NYATA,
Terlihat Yang Esa tanpa bilangan tidak terbilang,
Dalam kesaksan keindahan pada peringkat darjat ketajalian
(satu per satu).

Rahsia diam

Seorang salik  akan memasuki satu keadaan seperti keadaan orang yang sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar ‘mati sebelum mati’, ataupun dengan istilah yang mudah ‘diam’, iaitu fikiran tidak bergerak, batin dan jasad juga tidak bergerak.
Qs Az Zumar 39:42:
'
Allah mematikan manusia (memegang rohnya) ketika mati,dan bagi yang belum mati di dalam tidurnya, lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan.
'
(Bagi salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki alam ruh dengan izin Allah).
Keadaan diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan ‘mati sebelum mati’ atau ‘keadaan semacam orang tidur’.
'
Untuk mencapai keadaan ini, diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesadaran.
'
Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu mati
Mati itu hakikat tiada
Tiada itu adalah kekosongan
(hanya ada Allah)
'
Sebelum salik mencapai makam diam ini, salik  perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu:
Fana Rasul
Fana Allah
Baqa Allah
Liqa Allah (aspek wujud Allah).
Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa:
'
Diam itu adalah singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
Diam itu adalah sumber Kun Fayakun
Diam itu mengangkat salik ke makam Insan Kamil Mukamil.
Tanpa proses ‘diam’ ‘kepongpong tidak akan menjadikupu-kupu’.
'
Jelaslah sangat penting proses  diam ini,, umpama menunaikan haji di Mekah, tanpa wukuf di Arafah,, maka tiadalah haji. (ia tidak boleh diganti dengan dam), perlu dilakukan sendiri.

Kafir kepada Allah

KAFIR KEPADA ALLAH,  ISLAM KEPADA MANUSIA
Penyebab banyaknya Bencana Alam karena tidak kenal yang disembah (tidak  makrifatullah).
'
Adapun bermula menyembah Allah,  adalah atas kenal mengenal, yang dikenal,
puji memuji, yang dipuji,  Ya saya!  Ya kamu!.. dan mengucapkan shalawat kepada Rasulullah SAW.
'
 Maka inilah kitab, yang sudah diterjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Indonesia.  Supaya mudah bagi orang yang baru belajar untuk mengenal Allah. Diceritakan daripada Abdullah Bin Umar r.a.  Beliau berkata,  ada seorang yang bertemu Rasullulah SAW,  mahu  belajar ilmu Jibril a.s, iaitu ilmu yang sempurna di  dunia dan akhirat, yang  mengamalkan  hakikat di dalam shalat lima waktu, dan yang  wajib diketahui bagi kita semua.
'
Hakikat Solat.
Yang harus mereka ketahui pertama kali,  hakikat shalat, supaya sempurna kita menyembah Allah, bermula hakikat  shalat itu empat perkara :
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4. DUDUK (TABDIL)
Adapun hakikatnya:
'
1. BERDIRI ( IHRAM) itu karena huruf ALIF asalnya dari API, bukan api pelita dan bukan pula api bara. Adapun artinya API itu bersifat JALALULLAH, yang artinya sifat KEBESARAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri dua perkara:  KUAT Dan  LEMAH. Yang merupakan kudrat dan iradat-Nya juga, karena hamba itu tidakmempunyai KUAT dan LEMAH, karena hamba itu di-KUAT-kan dan di-LEMAH-kan oleh ALLAH, bukannya Kudrat dan Iradat Allah itu lemah.
'
Adapun kepada hakikatnya, yang sifat lemah itu pada sifat kita yang baharu ini. Adapun yang dihilangkan tatkala BERDIRI itu adalah pada segala AF’AL (perbuatan) hamba yang baharu.
'
2. RUKUK (MUNAJAH) itu karena huruf LAM awal, asalnya dari ANGIN, bukannya angin barat dan bukan pula angin timur. Adapun artinya ANGIN itu bersifat JAMALULLAH, yang artinya sifat KEELOKAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara:  TUA Dan  MUDA, yang merupakan Kudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak mempunyai TUA dan MUDA.Adapun yang dihilangkan tatkalaRUKUK itu adalah pada segala ASMA (nama) hamba yang baharu.
'
3. SUJUD (MIKRAJ) itu karena huruf LAM akhir, asalnya dari AIR,bukannya air laut dan bukan pula air sungai.  Adapun artinya AIR itu bersifat QAHAR ALLAH, yang artinya sifat KEKERASAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara :  HIDUP dan  MATI, yang merupakan Kudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak pun mempunyai HIDUP dan MATI. Adapun yang dihilangkan tatkala SUJUD itu adalah pada segala NYAWA (sifat)hamba yang baharu.
'
4. DUDUK (TABDIL) itu karena huruf HA, asalnya dari TANAH, bukannya pasir dan bukan pula tanah lumpur. Adapun artinya TANAH itu bersifat KAMALULLAH, yang artinya sifat KESEMPURNAAN ALLAH TA’ALA, yang terdiri atas dua perkara :  ADA dan  TIADA, yang merupakanKudrat dan Iradat-Nya juga. Adapun hamba itu tidak ADA danTIADA. Adapun yang dihilangkan tatkala DUDUK itu adalah pada segala WUJUD – DZAT hamba yang baharu, karena hamba itu wujudnya ADAM, yang artinya hamba tiada mempunyai wujud apapun karena hamba itu diadakan (maujud), hidupnya hamba itu dihidupkan, matinya hamba itu dimatikan dan kuatnya hamba itu dikuatkan.
Itulah hakikatnya shalat.
'
Barangsiapa shalat tidak tahu akan hakikat yang empat perkara tersebut di atas, shalatnya hukumnya KAFIR JIN dan NASRANI, artinya KAFIR KEPADA ALLAH, ISLAM KEPADA MANUSIA, yang berarti KAFIR BATHIN, ISLAM ZHAHIR, hidup separuh HEWAN, bukannya hewan kerbau atau sapi. Bimbingan mereka berbicara ini baik  atas kita, supaya jangan shalat kita itu menyembah berhala !!!.
'
Takbiratul ihram.
INI PULA tentang  menyatakan sempurnanya orang TAKBIRATUL IHRAM, yaitu hendaklah tahu akan MAQARINAHNYA. Bermula MAQARINAH shalat itu terdiri atas empat perkara:
1. BERDIRI (IHRAM)
2. RUKUK (MUNAJAH)
3. SUJUD (MIKRAJ)
4.  DUDUK (TABDIL)
'
Adapun hakikatnya BERDIRI (IHRAM) itu:  adalah TERCENGANG,artinya: tiada tahu dirinya lagi, lupa jika sedang  menghadap Allah Ta’ala, siapa yang menyembah?  dan siapa pula yang disembah?
Adapun hakikatnya RUKUK (MUNAJAH) itu adalah BERKATA-KATA, artinya: karena di dalam TAKBIRATUL IHRAM itu tiada akan menyebut dirinya (asma – namanya), iaitu berkata hamba itu dengan Allah. Separuh bacaanyang dibaca di dalam shalat itu adalah KALAMULLAH.
Adapun hakikatnya SUJUD (MIKRAJ) itu adalah TIADA INGAT YANG lain hanya Allah.
Adapun hakikatnya DUDUK (TABDIL) tiada LAIN TATKALA SHALAT, MELAINKAN ALLAH SEMATA.
Sah dan maqarinahnya shalat adalah apabila, SUDAH BERGANTIWUJUD HAMBA DENGAN TUHANNYA.
'
Shalat itu terdiri atas tiga perkara :
1. QASHAD
2. TAKARADH
3. TA’ IN
Adapun QASHAD itu adalah menyegerakan akan berbuat shalat, barang yang dishalatkan itu fardhu itu sunnah.
Adapun artinya TAKARRADH itu adalah menentukan pada fardhunya empat, tiga atau dua.
Adapun TA’IN itu adalah menyatakan pada waktunya, zhuhur, ashar, maghrib, isya atausubuh.
Kesempurnaan shalat.
INILAH PULA tentang menyatakan sempurnanya shalat :
'
Adapun sempurnanya BERDIRI,   Nyata kepada AF’AL Allah. Hurufnya ALIF. Alamnya (IHRAM) itu hakikatnya: NASUWAT. Tempatnya TUBUH, karena tubuhitu kenyataan SYARIAT.
Adapun sempurnanya,  Nyata kepada ASMA Allah. Hurufnya LAMAwal. RUKUK (MUNAJAH) itu hakikatnya: Alamnya MALAKUT. Tempatnya HATI, karena hati itu kenyataan THARIQAT. Adapun  Nyata kepada SIFAT Allah.
Adapun  sempurnanya SUJUD (MIKRAJ) itu hakikatnya: LAM Akhir. Alamnya JABARUT. Tempatnya NYAWA, karena Nyawa itu kenyataan HAKIKAT.  Nyata kepada DZAT Allah.
Adapun sempurnanya DUDUK (TABDIL) itu hakikatnya: Hurufnya HA. Alamnya LAHUT. Tempatnya ROHANI, karena ROHANI itu kenyataan Makrifat.
Adapun BERDIRI (IHRAM) itu kepada SYARIAT Allah. Nyatanya kepada KAKI kita. Adapun RUKUK(MUNAJAH) itu kepada THARIQAT Allah. Hurufnya MIM. Nyatanya kepada PUSAT (PUSER) kita. Adapun SUJUD (MIKRAJ) itu  Hurufnya HA. Nyatanya kepada DADA kita. Adapun DUDUK kepada HAKIKAT Allah.  Hurufnya MIM Awal. Nyata kepada KEPALA (TABDIL) itu kepada MAKRIFAT Allah. (ARASY) kita.
Jadi Orang Shalat membentuk huruf AHMAD – MUHAMMAD.
Tubuh.
INILAH PULA tentang  asal TUBUHkita (jasmaniah) kita dijadikan oleh Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. API
2. ANGIN
3. AIR
4. TANAH
Adapun NYAWA kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WUJUD
2. NUR ILMU
3. NUR
4. SUHUD
Adapun MARTABAT Tuhan itu ada tiga perkara:
1. AHADIYYAH
2. WAHDAH
3. WAHIDIYYAH
Adapun TUBUH kita dijadikan Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. WADIY
2. MADIY
3. MANIY
4. MANIKEM
Jalan kepada Allah.
INILAH PULA tentang menyatakan jalan kepada Allah Ta’ala atas empat perkara:
1. SYARIAT – AF’AL -  BATANG TUBUH
2. THARIQAT -  ASMA – HATI – DIRI
3. HAKIKAT -  SIFAT -  NYAWA KITA
4. MAKRIFAT – RAHASIA – SIR
Adapun hakikatnya: SYARIAT itu adalah KELAKUAN TUBUH
TARIKAT itu kelakuan hati
HAKIKAT itu adalah KELAKUAN NYAWA.
MAKRIFAT kelakuan rohani, sir.
Iaitu jalan penghulu kita Nabi MUHAMMAD.
Karena lafadz MUHAMMAD itu  ada empat huruf iaitu:
1. MIM Awal
2. HA
3. MIM Akhir
4. DAL
Adapun huruf MIM Awal itu ibarat KEPALA. Adapun huruf HA itu ibarat DADA. Adapun huruf MIM Akhir itu ibarat PUSAT (PUSER). Adapun huruf DAL itu ibarat KAKI.
Adapun huruf MIM Awal itu MAQAM-nya kepada alam LAHUT. Adapun huruf HA itu MAQAM-nya kepada alam JABARUT. Adapun huruf MIM Akhir itu MAQAM-nya kepada alam MALAKUT. Adapun huruf DAL itu MAQAM-nya kepadaalam NASUWAT (NASUT).
Sah dan lagi lafadz ALLAH terdiri dari empat huruf:
1. ALIF
2. LAM Awal
3. LAM Akhir
4. HA
Adapun huruf ALIF itu nyatanya kepada Af’AL Allah. Adapun huruf LAM Awal itu nyatanya kepada ASMA Allah. Adapun huruf LAM Akhir itu nyatanya kepada SIFAT Allah. Adapun huruf HA itu nyatanya kepada dZAT Allah.
Adapun AF’AL itu nyata kepada TUBUH kita. Adapun ASMA itu nyata kepada HATI kita. Adapun SIFAT itu nyata kepada NYAWA kita. Adapun dZAT itu nyata kepada ROHANI kita.
Alam.
INILAH PULA tentang menyatakan ALAM. Adapun ALAMitu atas dua perkara:
1. ALAM KABIR (ALAM BESAR – ALAM NYATA).
2. ALAM SYAQIR (ALAM KECIL – ALAM DIRI KITA).
Adapun ALAM KABIR itu adalah alam yang NYATA INI. Adapun ALAM SYAQIR itu adalah alam DIRI KITA INI. ALAM KABIR (ALAM BESAR) itu sudah terkandung didalam ALAM SYAQIR karena ALAM SYAQIR itu bersamaan tiada kurang dan tiada lebih, lengkap dengan segala isinya bumi dan langit, arasy dan kursy,syurga, neraka, lauhun (tinta – dakwat) dan qolam (pena), matahari, bulan dan bintang.
Adapun BUMI – JASMANI d idalamtubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis iaitu:
1. BULU
2. KULIT
3. DAGING
4. URAT
5. DARAH
6. TULANG
7. LEMAK (SUM-SUM)
Adapun LANGIT – ROHANI (OTAK –ARASY) di dalam tubuh kita itu terdiri atas tujuh lapis pula:
1. DIMAK (LAPISAN BERPIKIR – RUH NABATI)
2. MANIK (LAPISAN PANDANGAN – RUH HEWANI)
3. NAFSU (RUH JASMANI)
4. BUDI (RUH NAFASANI)
5. SUKMA (RUH ROHANI)
6. RASA (RUH NURANI)
7. RAHASIA (RUH IDHAFI)
Adapun MATAHARI di dalam tubuh kita yaitu NYAWA kita. Adapun BULAN di dalam tubuh kita, iaitu AKAL kita. Adapun BINTANG didalam tubuh kita, iaitu ILMU kita (ada yang banyak dan ada pula yang sedikit). Adapun SYURGA di dalam tubuh kita, iaitu AMAL SHALEH kita. Adapun NERAKA di dalam tubuh kita, iaitu DOSA-DOSA kita.
Adapun LAUT di dalam tubuh kitaada dua iaitu:
1. LAUT ASIN (masin)
2. LAUT TAWAR
Adapun LAUT ASIN di dalam tubuh kita, iaitu AIR MATA kita. Adapun LAUT TAWAR di dalam tubuh kita, iaitu AIR LUDAH kita.
Adapun MAHLIGAI di dalam tubuh kita ada tujuh pula iaitu:
1. DADA
2. QALBUN
3. BUDI
4. JINEM
5. NYAWA
6. RASA
7. RAHASIA
Di dalam DADA itu QALBUN dan di dalam QALBUN itu BUDI dan didalam BUDI itu JINEM dan di dalam JINEM itu NYAWA dan di dalam NYAWA itu RASA dan di dalam RASA itu RAHASIA (SIR).
Semoga bermanfaat.
Salam
Tahjudin
Balikpapan
Dikirim dalam Dari anta | Label:agama , hakikat , islam , kaabah , kafir , makrifat , rasullullah

Awwalludin makrifatullah

Berikut saya berkongsi apa yang saya faham dan amalkan. Semoga ada kebenarannya di SISI Yang Maha Esa, dan manfaatnya di sisi manusia, AMIN.
'
Tiadalah sempurna agama kita melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan Makrifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang termaktub di dalam Hadith Jibrail. Maka bermula lah satu penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berkiblat kepada DZAT yang ESA (AHAD).
'
Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan juga Ulil Albab’, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN. (sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita. Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkanbahawasanya keinginan kita itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA. ParaArifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAMKABIR (macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR (micro-cosmos).
'
Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh Al Quran dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].
'
Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan kritikal di dalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW, perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hatianda dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya diketemukan NYA akan AL-HAQ. Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara istiqomah diatas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR.
'
Ilmu Makrifat ini tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI. Kerana itu, Syaitansuka menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH.
'
“HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.
'
Sama ada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah atau mengurang akan DIA oleh apa pun. Jika kafir sekalian makhluq, DIA tetap AGUNG. Itulah DZAT yang ESA lagiMUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA?
'
Bermula dari langkah pertama didalam kesedaran mujahadah wa musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad, semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat jalan dan tidak akan bertemu tempat yang di tuju. Dan kearifan kita tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada DZAT yang menamakan DIRINYA itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.
'
Dan apabila kita [RUH RABBANI] diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilahkita seakan-akan pemerhati sahaja. Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA. Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI insya ALLAH.
'
“ Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan di dunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.
'
Walhamdulillah, Wasolawatu Wassalam ‘Ala Muhammad Wa Alihi Wa ‘Ibadillahis Solihin Ajmain.

Syahadad

Asyahadualla ilaaha illallah ini merupakan syahadat tauhid atauhakikat ketuhanan, iaitu  diri bathin manusia (Rohani)
Wa-asyhadu anna muhammadar rasulullah ini merupakan syahadat rasul atau hakikat kerasulan, iaitu  diri zahir manusia. (Jasmani).
'
Diri bathin (rohani) adalah sebenar-benarnya diri yang mengandungi,  Diri Rahasia Allah.
Untuk menyatakan Diri Rahasia Allah, adalah diri zahir manusia.
Sedangkan ….. perkataan Muhammad pada syahadad Rasulmengandungi erti, iaitu  diri zahir manusia,  yang di dalamya ada diri batin  yang menanggungRahasia Allah.
'
Kejadian manusia adalah satu-satunya kejadian yang paling sempurna dan rapi, QS Al Mukminum 23:12,13,14: Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada tanah, kemudian kami jadikan sari tanah itu air mani yang terletak dalam tempat yang kokoh, Kemudian Kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalusegumpal darah itu kami jadikandaging, dan segumpal daging Kami jadikan tulang belulang, kemudian tulang belulang itu Kami tutup dengan daging, sesudah itu Kami jadikan makhluk yang berbentuk lain, Maha Suci Allah pencipta yang paling baik.
'
Setelah jasad itu siap,  maka Allah meniupkan Ruhnya, QS Al As Sajdah 32:9: Setelah selesai bentuknya Aku ciptakan, maka Aku utus Ruhku ke dalamnya, maka dengan itulah ia melihat, bergerak dan berkuasa. Qs Hijr 15:29:Maka setelah Aku sempurnakan kejadiannya, makaAku tiupkan Ruhku ke dalamnya,maka tunduklah kamu dengan bersujud.
'
Kemudian Allah meninggikan darajat manusia seperti firmannya   Q.S. At Tiin 95:4: Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu.
Kemuliaan manusia karena manusialah yang sanggup menanggung Rahasia Allah Q.S. Al-Ahzab 33: 72: Sesungguhnya telah Kami kemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang lalu mereka enggan memikulnya dan takut untuk menerimanya, kemudian amanah itu dipikul oleh manusia.
'
Dan kerana  firman Allah dalam surah Al-Ahzab 33:72 inilah kita mengucapkan  syahadad:
“ Asyahadualla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah”
'
“Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah kecuali Allah dan Muhammad itu Rasullulah.”
Bahawa, kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahwa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata, dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung Rahasia Allah, dan kita akan menjaganya (Rahsia ini) sehingga ia kembali ke asalnya.
'
(Perhatian: Jangan tersalah tafsirkerana ia boleh menyebabkan syirik dan kufur, dan jangan jugamenunding jari, mintalah hidayah kepada Allah semoga diberikan pemahaman dalam perkara ini.)

Makrifat iman

Makrifat tauhidul iman
Makrifat adalah nikmat yang teramat besar, bahkan kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan.
'
Rasulullah SAW  sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya dapat melihat Allah SWT di saat fana  maupun jaga (sadar). KezahiraNya sangat nampak pada hamba. Hadis qudsi Al insanu syirri wa ana syirrohu (Adapun insan itu Rahasiaku Dan Aku pun Rahasianya).
'
Firman Allah: Kuciptakan Adam dan anak cucunya seperti rupaku( Khalakal insanu ala surati Rahman ). Kesimpulannya insan itu terdiri daripada tiga unsur, iaitu Jasad, Ruh/Nyawa dan Allah. Maka dengan itu hiduplah hamba.
'
 Adapun Jasad, Nyawa, dan Allah taala, bagaikan sesuatu  yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Umpama langit, bumi, dan makhluk yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun pandangan insan terhadap Tuhannya adalah berbeza-beza, mengikut tahap pencapaian ilmu masing-masing.
'
 Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu, dan hamba menyembahNya bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya  (hakikatnya) bukan begitu. Itu hanya sangkaan umum saja.  Dari segi makrifat  Allah SWT  itu Esa pada wujud hamba.  Dalilinya, QS  Al Qaf 50:16: Aku lebih dekat dari urat lehernya . QS Az Zariyat51 :21: Dalam diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan .
'
Masing-masing  hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya), satu persatu (esa) diberi sesembahan (Allah di dalam diri),kenapa berpaling mencari Tuhan yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).
'
Dalilnya, QS Al Hadid 57:4: Aku beserta hambaku di mana saja dia berada . Oleh itu,  janganlah risau dan takut Allah sentiasa bersama kita ke mana sahaja kita pergi.
'
Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana Nabi Musa melihat Tuhannya, seperti mana yang diceritakan di dalam Al Quran. Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihatNya QS Al A’raaf 7:143 :
'
Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya,  maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.”  Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak dapat  melihat-Ku,
'
(rahasianya:  tidak ada siapa yang dapat melihat Allah,  hanya Allah dapat melihat Allah.  Hamba terdinding daripada Allah,  kerana selain wujud Allah, masih ada Rasa wujud Hamba).
tetapi pandanglah ke gunung itu,
'
(Pada ketika Nabi Musa memandang gunung itu,  begitu juga Allah Taala berpisah sementara daripada jiwa Nabi Musa, maka Nabi Musa pengsan, bukannya mendengar akan letusan gunung tersebut)
jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.
'
(” Engkau adalah aku, aku adalahengkau “, apa yang disaksikan Nabi Musa adalah menyaksikan dirinya di luar dirinya untuk sementara waktu, setelah Allah bertajalli  (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka)  tajalinya itu menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan.)
'
Setelah Nabi Musa  sedar, dan berkata: ” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orangyang pertama beriman (pada zamanku)”
Demikian sedikit paparan tentang Nabi Musa melihat Tuhannya. Dan jelaslah Allah dapat dilihat tetapi bukannya dengan mata kasar, yang dilihat dengan mata kasar itu adalah hijab, oleh itu jangan tersalah, hati-hati, kalau tersalah boleh  menjadi syirik dan kufur.
Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan Allah.

MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH

Tulisan ini adalah sebagai kiasanuntuk memudahkan pemahaman,
'
sebenarnya Tuhan tidaklah berdilog sebagaimana yang digambarkan  ataupun kejadian alam juga sebagaimanayang digambarkan. Bahasa Tuhan bukanlah seperti bahasa manusia, tetapi dengan wahyu, ilham, di sebalik tabir atau dengan utusan. Oleh itu janganlah terkeliru, cuma untuk pemahaman, semoga pembaca memahami maksud yang tersiratdalam tulisan ini. )
'
Dalil berkaitan Awaluddin Ma’rifatullah ( awal beragama mengenal akan Allah).
Berlakunya sembah kepada Allah atas kenal (makrifatullah), jikalau tidak kenal cuma khayalan semata. Sejajar dengan kata-kata: Man Arafa Napsahu Pakat Arafa Rabbahu (Barang siapa Mengenal diri akan kenal pada Tuhannya). Dalil berkaitan perkara ini: Innalillah ( sesungguhnya kita berasal dari  Allah) wa illaiha rojiun ( kepada Allah kami kembali.)
'
Pembuktian Sesungguhnya kita berasal dari Allah.
Firman  Allah dalam hadis qudsi: Aku adalah Perbendaharan Yang Tersembunyi.
Aku ingin Terkenal dan dikenal, maka kuciptakan makhluk adam dan segala alam dan isinya.
KataNYA: Aku ingin Melihat Diri di luar Diri ku.
'
Sebenarnya sebelum ada langit dan bumi , sebelum ada surga dan neraka
Dan juga sebelum ada makhluk. Dan Allah pun belum dikenal, sudah ada kita-kata (pertanyaan).
Sekarang ? Adanya kita di mana?
'
Jawapan:
Adanya kita semua, iaitu di dalam Perbendaharan Allah di dalam kunhi Dzat Allah.
Sedangkan Allah masih seorang diri.  Apakah roh kita,  apakah sama usia Allah dengan usia Roh kita, bahkan sama,  tiada Awal tiada Akhir.
'
Firman  Allah: Wahai segala Perbendaharaan roh manusia Aku ingin mencipta Alam, perhatikan dan sebut KUN secarabersama-sama.
Maka mereka pun berkata bersama-sama : KUN, maka jadilah tujuh lapis  bumi,  dan isinya tumbuh-tumbuhan dan binatang di darat dan di laut.
Berkata lagi KUN: jadilah tujuh  lapis langit Dan planet, tatasuryadan Gugusan bintang-bintang.
Berkata KUN:  jadilah Surga.
 KUN: jadilah Neraka.
KUN: jadi Malaikat,
KUN: jadi Jin,
KUN: Jadi Iblis.
Sudah berkata tujuh kali  KUN, maka kesemuanya tersebut adalah berdiri sendiri dengan Nyawa masing-masing. Kesemuanya Aku yang mengendalikannya. Mereka semua sudah diberi tugas sesuai perjanjian dalam bahasa ilmu ruh  Nur Muhammad.
'
Perumpamaan ini sengaja dibuatagar mudah difahami (keadaan sebenarnya bukanlah begini, ini cerita kias untuk memudahkan pemahaman).
Sekarang Firman  Allah Aku inginMelihat Diriku di luar diriku aku Mau menciptakan
Adam. Dalil berkaitan perkara iniseperti Firman Allah: Wahalaqta adama Kasuratihi (Kuciptakan Adam Seperti rupaku.  Atau seperti Bentukku atau Seperti Aku).
'
Untuk tujuan pembentukan jasad manusia, Allah SWT Memerintahkan malaikat Jibrail untuk mengambil, tanah, angin, api, dan air. Di Pertengahan dunia. Di negeri Mekkah. Di mana nanti dibangunkan Kaabah (Baitullah) oleh Nabi Ibrahim.
'
Proses Penciptaan Adam. Firman  Allah, akan  Aku buat Adam Seperti wujudku.
Baik, kata  malaikat. Setelah Adam dibentuk  persis Allah SWT. Maka Allah meniupkan RohNya Kepada Adam, lalu Adam bersin , apa gerangan yang terjadi.
'
Adam cuma mampu  bernafas, nama nafasnya Idaf.  Wahai Jibrail Aku Sudah Bisa Melihat Diriku di luar diriku, Allah Taala sangat senang. Walaupun sudah hidup. Namun Adam masih belum mampu  berjalan dan bergerak , berkata, mendengar dan merasa. Masih kaku Adam.
Hai Jibrail bagaimana ini? Adam tidak mampu  berbuat apa-apa. Sekarang Firman  Allah KUN
Sempurnalah Adam. Bagaimanapun, setelah di Kun Adam tetap saja belum sempurna.
Firman  Allah, wahai  Jibrail  kamu diam-diam  saja AKU AKAN BERTAJALI di wujud Adam,  biar Adam sempurna. Biar Aku ghaib dalam  diri Adam dan Aku ingin dikenal dan terkenal. Aku akan menjadi Rahasia Diri Manusia.  Dan aku akan meneteskan perbandaharaan DzatKU melalui Sulbi Adam.
'
Setelah Adam sempurna Adam tinggal di dalam surga. Seorang diri.
Bagaimanapun, agar  Adam tidakkesepian di surga Allah mahu memberikannya seorang teman.
 Bagaimanapun status jantina Adam Belum tahu lagi  entah lelali entah perempuan,  Dan lagi  Adam yatim tidak punya bapa tidak punya ibu. Jadi Adam itu binnya siapa?
Adam Malikul  jasad: Adam raja sekalian jasad.
Muhammad Malikul Arwah: Muhammad raja sekalian roh
Allah Malikul Dzat: Allah raja sekalian dzat.
Sekarang Adam ditidurkan oleh Allah. Adam tidur pulas. dengan kuasa Allah dicabutlah tulang rusuk Adam yang di sebelah kiri. Dijadikanlah SITI HAWA, Nur sia permula asal.
Sekarang Adam tidak kesunyian lagi di surga, dan Adam dimuliakan para malaikat dan kalangan jin Kenapa ? Sebab hanya bangsa malaikat yang melihat Allah Ta’ala bertajali penuh ke diri Adam.
 Karena ADAM dimuliakan sangat oleh malikat, lalu iblis hiri hati dan dengki terhadap  Adam Dan Hawa.  Lalu iblis menipu daya Adam.
 Apa sebabnya iblis mahu menipu Adam, sebenarnya inilahcaranya hanya Allah SWT  sahaja dapat dikenal dan terkenal, agar  Adam dan Hawa cepat turun ke bumi.  Adapun iblis diciptakan dari api. Iblis diberikan sifat  Al Mutakabbirin (takbur) oleh Allah.
Sebenarnya, Adam mahu dikirim  ke bumi sebagai khalifah  di muka bumi. Wakil Allah di muka Bumi. Jadi Alwakil dengan albathin  adalah satu. Dalilnya zahirro Rabbi pi Bathini Abdi ( zahir Allah pada bathin hambanya). Jadi Adam diberi segala nama segala sifat segala rahasia, segala rasa.
Wal hasil Iblis menggoda, setelah Adam memakan buah Khuldi   lalu terbukalah
nafsu birahi.  Sulbi Adam memanjang  dan sulbi Siti Hawa terbuka. Oleh itu mereka  tidak pantas lagi tinggal di surge.
Lalu dengan izin Allah,Adam turun ke dunia  bersama-sama tiga Unsur  dalam diri  Adam. TUBUH. NYAWA, dan ALLAH SWT. Ketiga-tiga ini tidak bisa dipisahkan. Adam dan Hawa dibekali Rasa surga Jannatun Naim agar mereka ingat pulang ke surga. Yaitu Rasanya Pada Waktu Adam Kumpul sama Hawadi dunia. Waktu kita kumpul isteri.
Sekarang diri kita ada diperbendaharaan Adam, Yaitu gaib di sulbi Adam,  sulbi Nuh, sulbi Ibrahim sampailah ke sulbi Abdullah. Dikandung rahim siti Aminah. Maka lahirlah Rasulullah SAW. Di kota mekah.
Jadi kita gaib dari sulbi ke sulbi 25 nabi menyebar sampai ke sulbi orang tua kita. Maka lahirlah kita sama-sama mengandungi tiga unsur iaitu, jasad, roh, dan Allah ta’ala. (Satu Batang Tubuh).
Mencari Allah di luar diri Syirik, mencari Allah di dalam Diri zindik. Misal Kapas  berlindung di benang, benang berlindung di kain. Seakan-akan  Kapas dan Benang tidak kelihatan.  Yang Nampak adalah Kain.
Ataupun  ghaib Allah, Yang nyata Hamba. Sebab terdinding (terhijab) kita kepada Allah. Kerana selain wujud  Allah, masih ada Rasa wujud  kita. Selain sifat  Allah, masih ada Rasa sifat kita.
Wujud ertinya Ada, dan mustahil tiada, bererti  nyata ADA. Lawan bagi wujud ialah  Adam iaitu tiada. Bererti Adam cuma hanya Nama saja yang ada Allah Taala saja.
Sekarang Allah Taala tidak boleh menyamar diri lagi. Sandiwara Allah taala sudah Ketahuan, beranilah berkata begitu .
Allah Taala sangat senang sekali kalau kita mengenali DIA. Jikalau terdinding  merupakan Najis di hadapan Allah.
Unsur Manusia: tubuh, roh/nyawa/ dan Allah Ta’ala.
Rasulullah Berkata: Tiada ada kulihat pada Hamba itu, melainkan  Allah Taala Zahir dan Bathinnya. Bagaimanapun, jikalau sudah kenal Rahasia tetap dijaga…dengan baik.
(Perhatian Hajirikhusyuk: janganmenunding jari atau mencari cela selepas membaca tulisan ini,tapi mintalah hidayah daripada Allah SWT).

Hakikat wujud

Wujud yang paling nyata adalah wujud Allah, wujud benda termasuk diri sendiri  adalah dengan cahaya Allah (Dzat Allah).
'
Apabila ante melihat sesuatu benda di sekitar ante, yang pertama ante lihat adalah CahayaAllah, kemudian baru rupa wujudyang ditunjukkah (diterangi) Cahaya Allah tersebut.
'
Sebagai analogi: Apabila ante membuat sesuatu bentuk (ukiran) dengan lilin (katakanlah sebuah patung manusia),  yang pertama ante perhatikan adalah lilin, kemudian rupa bentuk patung yang anda buat itu, tetapi tahukah ante bentuk adalah sebuah khayalan (hanya berada dalam fikiran) dan tidak wujud pada zahirnya.
'
Bentuk patung manusia itu ada dalam khayalan ante sahaja, pada zahirnya bentuk itu adalah lilin. Jadi tidak ada bentuk pada lilin, ini terbukti apabila ante pecahkan bentuk (ukiran)  itu, semuanya bentuk itu akan hancur dan yang tinggal adalah lilin semata. Jadi bentuk dan lilinadalah esa (satu) jua.
'
Oleh yang demikian bentuk tidak beserta dengan lilin, dan dengan ini tidak membolehkan ia menjadi dua, ( bentuk dan lilin), tetapi hanya lilin yang ada.
'
Benda atau rupa adalah kosong (adum), hanya lilin yang ada, kerana benda atau bentuk tiada hakikatnya, ia hanya wujud dalam khayalan atau fikiran sahaja.
'
Dengan analogi ini dapatlah pemahaman bahawa hanya Dzat dan Sifat Allah sahaja yang ada, manakala makhluk hakikatnya tiada, hanya kosong.
Oleh itu, apabila ante melihat kepada diri ante atau benda-benda yang lain di sekeliling ante, pertama ante lihat adalah Dzat Allah, kerana makhluk tiadahakikatnya, ia ada kelihatan hanya kerana pancaran Cahaya Allah. Apabila makhluk Fana maka ia menjadi yang Mutlak.
'
Ingatlah,  pandangan (mata hati)terhadap diri ante sendiri adalah pandangan terhadap Allah (apabila ante memahami perkaraini), kerana jasad ante tiada hakikatnya, fana, maka inilah juga yang dikatakan: Siapa yang kenal dirinya maka kenal ia Tuhannya.
'
Dengan yang demikian, apabila ante melihat sesuatu termasuk diri ante, pandangan terhadap Dzat Allah adalah yang pertama, berbanding pandangan terhadap benda atau diri ante. Kerana jikalau ante melihat benda atau diri ante dahulu, berkemungkinan ante  terlupa melihat Dzat Allah, dan dengan itu ante terhijab daripada melihat Allah.

Al Azzaliyyah

Al-Azzaliyyah pada hakikatnya hanyalah al-Abadiyyah (Keabadian), yang  mana antara kedua-duanya (Al-Azzaliyyah dan  al-Abadiyyah ) tidak ada pembatas apa pun (esa jua).
'
Sebagaimana Awwaliyyah (awal) adalah juga Akhiriyyah (akhir) dan kebalikannya akhir adalah juga awal.
Demikian pula lahir dan batin dan kebalikannya batin dan zahir, hanya saja suatu saat Dia menghilangkan diri daripada anda dan suatu saat menghadirkan diri kepada anda, dengan tujuan untuk memperbaharui kelazatan (kurnia) dan melihat penghambaan (’ubudiyyah).
'
Sebab orang yang mengenal-Nya melalui penciptaan makhluk-Nya, mereka  tidak akan mengetahui-Nya secara langsung(Isbatul Yakin). Sebab penciptaanmakhluk-Nya berada dalam firman ‘Kun’ – NYA (wujudlah).
'
Sementara itu, mengenalNya secara langsung (Isbatul Yakin) adalah sebagai suatu kehormatan, dan sama sekali tidak ada kerendahan sedikit pun.
'
Syekh Abu Nashr as Sarrai berkata: Makna dan ucapan an-Nuri, mengetahui-Nya secara langsung (Isbatul Yakin) , ialah langsung dengan yakin dan kesaksian hati nurani (mata hati)akan hakikat Ketuhanan dan hakikat-hakikat keimanan tentang hal-hal yang gaib.
'
Sementara itu, Syekh Abu Nashr as-Sarraj berkata: Makna dari apayang diisyaratkan tersebut, hanya Allah Yang Maha Mengetahui,   dan  menentukan waktu dan perubahan sesuatu itu adalah urusan Allah SWT.
'
Bagi  Allah apa yang telah terjadi,sama seperti pada apa yang bakal terjadi. Pada apa yang telah Dia firmankan sama sepertipada apa yang bakal Dia firmankan.
Sesuatu yang dekat menurut Dia sama seperti sesuatu yang jauh menurut Dia, dan begitu juga sebaliknya, sesuatu yang  jauh menurut Dia sama seperti sesuatu yang dekat menurut Dia.
'
Sementara itu, makhluk mempunyai sifat-sifat yang berlawanan, seperti dekat dan jauh, benci dan rindu atau senang dan susah, manakala sifat-sifat Al Hak tidak begitu, bahkan  esa jua, seperti zahirnya adalah batinnya dan awalnya adalah akhirnya.
'
Jadi sebagai kesimpulan sifat-sifat Al Hak itu adalah esa jua, atau tiada yang bertentangan, manakala sifat-sifat hambalah yang   berlawanan, seperti gelisah dan tenang.
'
(Tambahan Hajirikhusyuk: Oleh itu, untuk mencapai ketenangan selalulah berada di makam Keesaan, kerana di situ hanya ada sifat-sifat Allah yang terpuji.   Jikalau anda merasa resah dan gelisah, segeralah bertemuNya di makam Keesaan, insyaAllah anda akan mendapat ketenangan, kerana orang yang mengingati Allah hatinya akan tenang.)
Dan sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Cuba fikirkan

Manusia wajib menemui Allah di dunia ini.
Bagaimana pun, ada   yang  berpendapat Allah tidak dapat ditemui di dunia ini, tetapi hanya di akhirat nanti selepas ruh meninggalkan jasad, atau dengan lain perkataan setelah meninggal dunia.
)
Tetapi  Allah menurunkan Al Quran sebagai  panduan untuk kehidupan manusia di dunia ini, bukan untuk sesudah meninggal dunia, dan terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyatakan Allah ituboleh ditemui di dunia ini,  antaranya adalah seperti  ayat-ayat berikut:
)
QS Al Insyqaq 84:6: Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menemuiNya, dan kamu akan MenemuiNya (Allah).
)
QS Al Ankabut 29:5 : Sesiapa yangmengharapkan pertemuan dengan Allah, maka waktu pertemuan itu pasti akan tiba.
)
QS Al Khafi 18:110 : Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang benar…
)
QS Al Baqarah2:46: Orang yang menyakini akan  menemui Tuhannya, mereka akan kembali kepadaNya (Allah).
)
QS Al Ahzab 33:21: Telah ada pada Rasullulah tauladan yang baik untuk mu, iaitu orang yang mengharapkan pertemuan  dengan Allah, dan kemudiannya banyak mengingati Allah.
)
Cuba fikirkan ayat-ayat tersebut, apakah Allah dapat ditemui?
(ya,,, pertemuan itu bukan dengan mata kasar)…

Pengertian

Allah itu ada…  Wajibal Wujud
Wajib Ada … walaupun tidak kelihatan di mata kasar,
Sememangnya Dia Ada,…. Pasti Ada,…
Hanya sebuah Keyakinan yang dapat menghadirkanNya,….
Setelah hadir…..
Bersama denganNya,…
Di dalam Ruang Ketenangan,…. Kekosongan,… nan  luas nan tak terbatas,
Bening,  dan  Meliputi…
Insafilah “Pengertian” yang mendatang,….
Inilah yang amat berharga,…..
Sebuah Pengertian..
Jangan mengharapkan,…
sebuah kata-kata di dalam hati,..
Kerana itu bukan bahasa Tuhan,…
Bahkan  sebuah Pengertian,…
Sebuah Ilham,..
Cahaya Nur Allah.

Kebingungan

Penyaksian yang Hakiki.
Penyaksian tanpa rupa, bentuk, cahaya, warna dan wajah,
Tanpa suara dan tanpa huruf.
Penyaksian nan  berlaku pada Mata Keyakinan yang  tiada keraguan sedikit pun,
Bagi Si Salik yang memasuki hal ini,
Beliau  berkata;
Sesungguhnya hatiku tidak syak lagi,
Engkaulah (hai Penciptaku) yang aku pandang tanpa rupa,
Bentuk,
Cahaya,
Warna,
Suara dan
Huruf.
Maka, dengan itu,  Si Salik itu memasuki  suasana kebingungan-kebingunan dan
Kejahilan-kejahilan,
Yang harus ditempuhi Pencari Kekasih nan
Hakiki  lagi
Tabah hatinya.

Hakikat takbir

Hakikat takbir bukan semata-mata ucapan Allahu Akbar.
Takbir merupakan pengucapan yang lahir dari Firman Allah untuk memuji kebesaran Dzat Nya sendiri.
)
Jadi Takbir merupakan suara Tuhan yang meminjam mulut (jasad) kekasihNya.
Takbir sejati adalah menyatakan kebesaran Allah dari perbuatan (afaal) Allah sendiri.
)
Dan Takbir sejati juga adalah menyebutan nama Nya yang lahir dari kehendak Nya semata-mata.
Dengan Takbir yang demikian, maka yang lain menjadi sangat kecil, dan menjadi tidak ada.
Yang ada hanya Dzat Allah.
Maka, kemanapun dihadapkan muka, yang ada hanya Wajah Allah nan Maha Meliputi.

Isbatul Yakin

Allah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati  terhadap  nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.
'
Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita.
'
Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti  degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatanmata kita.
'
Dengan itu:
Siapakah yang mengatur jantungkita sehingga ia berdegup  setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita  keseluruh tubuh  kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?
Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.
'
Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingatiAllah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan  itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.
'
Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah  nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti FirmanAllah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.
'
Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan  dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.
'
Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenalAllah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.

Melihat Dia

Bagi yang telah sampai kepada Allah, melihat, merasakan dan bertemu denganNya itu adalah suatu rahasia.
Dan tidak boleh diceritakan tentang pertemuan itu, cukup bagi dirinya sendiri yang mengetahui.
'
Bagaimana mungkin pertemuan itu dapat diceritakan, kerana jikalau diceritakan dengan lisan, maka ia menjadi suatu kesalahan, kerana yang keluar dari lisan itu adalah bersifat baharu ( sedangkan Allah itu muhalafah lil hawadith – berbezadengan yang baharu).
'
Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allahdan meraskan kehadiran   Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat meneka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui.
'
Bagi mereka Allah itu  Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh  dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini.
'
Apabila Allah dibayangkan dengan sesuatu yang kita lihat, maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihatAllah dengan membayangkan sesuatu  denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah.
'
Bagai manapun, sesuatu bayangan (wujud)  yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja,  sekadar penghubung bagi menyampaikan kepada yang dituju  (Allah).
'
Kita yakin  bahawa  sebagai analogi, bayang-bayang itu tidakpernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah.
Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya.
(lihat juga ‘Tauhid penyaksian’)

Sufi dan Firaun

Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebati di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebati di dalam diri Ihsan (makrifatullah).
'
Begitulah rahasia kesebatian sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan ,  sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan  luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan.  Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’…
'
Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran , bahawa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeza.
'
Sikap yang diambil Firaun adalahberbeza dengan yang diambil oleh Sufi . Sufi terkenal, Abu YazidBistami berkata: Aku Allah . Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana.
'
Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah , adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya , sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanyaAllah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana.
'
Maka seharusnyalah  beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi iatimbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan  oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahun apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu  adalah kufur dan syirik.
'
Di sinilah perbezaan antara ucapan Firaun:’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan.
Berbeza dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: Aku Allah. Beliau mengungkapkan inidalam ketidaksadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah didalam dirinya,  yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT

Makrifatullah

MAKRIFATULLAH:  Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya.
'
AWALUDIN MA’RIFATULLAH Artinya :
Awal agama mengenal Allah.
'
LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFAT Artinya:
Tidak sah  shalat tanpa mengenalAllah.
'
 MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU Artinya:
Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.
'
ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA  Artinya:
Bukankah aku ini Tuhanmu ? Betul engkau Tuhan kami,kami menjadi saksi.(QS.AL-ARAF 7:172)
'
AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU Artinya:
Manusia itu RahasiaKu dan akulah Rahasianya.
'
WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN Artinya:
Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.
'
ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ Artinya:
Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.
'
 LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH Artinya:
Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu.
'
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada malam Ghaibul Ghaib iaitu dalam keadaan antah-berantah hanya Dzat semata. Belum ada awal dan belum ada akhir, belumada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatupun. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang punya Dzat tersebut telah mentajalikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya.
Lantas tajalilah  Nur Allah dan kemudian tajali pula  Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana, (Kamu, Aku) , (Aku,Kamu),Ana Anta. Maka yang punya Dzat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini Tuhanmu? Maka dijawablah Nur Muhammadyang mewakili seluruh Roh, Ya…Engkau Tuhanku.
Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Qur’an surat Al-Araf 7:172:
'
ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA.
Artinya : Bukan aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, Kami menjadi Saksi.
Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksankan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah SWT. Seperti firman Allah dalam Hadits Qudsi yang artinya:“Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan mahkluk ini dan akuperkenalkan diriku. Apa yang dimaksud dengan mahkluk ini ialah : Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan daripada Nur Muhammad tujuan yang punya Dzat mentajalikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diri-nya sendiri dengan diri Rahasianya sendiri. Maka diri Rahasianya itu adalah ditanggung dan diakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama : Insan yang bertubuh diri bathin (Roh) dan diri bathin itulah diri manusia, atau Rohani.
'
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU
Artinya : Manusia itu RahasiaKu dan Akulah yang menjadi Rahasianya.
Jadi yang dinamakan manusia itu ialah karena ia mengenal Rahsia.
Dengan perkataan lain manusia itu mengandung Rahasia Allah.
Karena manusia menanggung Rahasia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad. (Tambahan Hajrikhusyuk: kembali kepada Allah harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohnya dengan solat, kerana solat adalahmikraj oang mukmin atau dengan ‘mati sebelum mati’).
'
Firman Allah An-Nisa 4:58: INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA. Artinya: Sesunggunya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya. (Allah).
'
Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh Allah dalam Hadits Qudsi :
MAN ARAFA NAFSAHU,FAQAT ARAFA RABAHU.
Artinya : Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya.
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahasia-nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuanyatidak sanggup menerimanya.
'
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan Rahasia-nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuanyatidak sanggup menerimanya.
'
Seperti firman Allah SWT Al Ahzab 33:72.
INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA,WAHAMA LAHAL INSANNU.
Artinya : Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanatkepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya.
'
Oleh karena amanat (Rahasia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggung jawab manusia untuk menunaikan janjinya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahasia.
'
Setelah amanat (Rahasia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahasia dan berkembang dari satu abad  ke satu abad, diri satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT  DAN RAHASIA ITU  KEMBALI  KEPADA ALLAH.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN.
Artinya : Kita berasal dari Allah, dan  kembali kepada Allah.

Suci hati

Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah . Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut,  bermakna seseorang itu belum  mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.
'
Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.
'
Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub . Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walaubagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci .
'
Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar  kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.
'
Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kitasahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.
'
Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan . Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.
'
mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah  bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.
'
Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitumengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.
'
Dekatkan dirimu kepada penyaksian
Maka Aku akan dekatkan diriKu kepadamu dengan wujudKu
Jangan kau jauhkan dirimu dariKu
Sebab Akulah yang berkata , Aku lebih dekat padamu dari urat lehermu
Jangan engkau belenggu dirimu dengan nama seorang hamba
Kalau bukan kerana adaNya Rabb
Maka tidak akan pernah ada hamba
Kau nampakkan diriKu
Seperti halnya Aku nampakkan dirimu
Jikalau bukan kerana peribadahanmu
Nescaya tidak akan ternampakkan KetuhanKu
Kau menjadikan diriKu tertajallikan
Seperti halnya Aku menjadikan dirimu
Kalau bukan kerana wujudmu
Maka wujud tajalliKu tidak akan ternampakkan
CintaKu paling dekat dari segala yang terdekat
Cintaku paling tinggi dari segala yang tertinggi
CintaKu mengkehendaki dirimu untuk pengsifatan DiriKu
Aku pilih dirimu untuk diriKu
Jangan kau keluarkan dirimu untuk selain DiriKu
Jangan keluarkan Diriku dari dirimu
CintaKu umpama  manis dalam buah
CintaKu umpama  garam dalam makanan
CintaKu menjadikan DiriKu terasa dalam getaran indrawimu
Cintaku membuatkan DiriKu tersentuh dalam sentuhanmu
KekasihKu kau adalah muara harapanKu
Kekasihku kau adalah muara penglihatanKu
Kekasihku kau adalah muara kelembutanKu
Betapa indahnya kebersamaanKudenganmu
Betapa syahdu kemesraanKu denganmu
KekasihKu kaulah DiriKu nan sejati sepanjang masa…
Pencinta
Lembah nan Keramat

Suci hati

Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah . Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut,  bermakna seseorang itu belum  mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.
'
Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.
'
Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub . Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walaubagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci .
'
Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar  kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.
'
Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kitasahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.
'
Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan . Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.
'
mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah  bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.
'
Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitumengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.