Kamis, 28 April 2011

Cahaya hadhis

Pada kali ini, ana akan membincangkan tentang keesaan wujud atau dalam bahasa Arabnya Wahdat al wujud. Bagi ahli sufi keesaan wujud amat penting difahami kerana kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur.
'
Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari-pencari (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini).
'
Dan beliau dengan lebih berani menyatakan: Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA.
'
Wah, sungguh berani pernyataanbeliau (tetapi ia ditujukan kepada khalayaknya), dapatkah semua orang menerima pendapat yang sebegitu, tetapi hakikatnya itulah makrifatullah yang sebenar, yang dipegang oleh ahli-ahli sufi besar yang lain.
'
Baiklah sekarang cuba kita lihat tentang Hadis Qudsi, yang sangat popular di kalangan pencari-pencari (sufi) yang setia.
Sesiapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya mengenal ia Tuhannya:
'
Berdasarkan hadis tersebut, ia cuba menyatakan bahawa Dia tidak bersama atau bersekutu dengan sesiapa atau dengan apa-apa pun, sama ada zahir dan batin, sama ada sekarang, masa lalu ataupun masa akan datang.
'
Dia juga tidak di atas, di bawah, di kanan atau di kiri, dan tiada siapa pun atau apa pun yang hampir atau jauh dariNya. Tidak ada masa tidak ada ketika, tidak ada penzahiran dan tidak ada tempat yang bersangkutan dengan Dia. Bahkan Dia dahulu sama dengan Dia sekarang. Dia satu (wahid) tanpa kesatuan (wahidiyah).
'
Dia bukan nama atau benda yangdinamakan, kerana namaNya adalah Dia dan benda yang dinamakan adalah juga Dia. Tidak ada nama selepas namaNya dan tidak ada nama selain namaNya.
'
Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Dzahir dan Yang Bathin. Tidak ada yang lain selain Dia.
Tiada yang melihat Dia, kecuali Dia. Tidak ada nabi, wali ataupunmalaikat yang kenal Dia. Hanya Dia yang kenal Dia. Dia mengutus diriNya kepada diriNya sendiri dengan cara diriNya sendiri, dari diriNya sendiri kepada diriNya sendiri. Tidak ada penyebab kecuali diriNya sendiri. Tidak ada perbezaan antara “yang mengutus” dengan “yang diutus” dan “yang menerima utusan”.
'
Kenabian dan kerasulan itupun diri Dia sendiri juga. Kerana itulah Rasullulah saw bersabda:
Siapa yang mengenal dirinya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Sekarang cuba kita lihat pula satu lagi Hadis Qudsi yang popular di kalangan sufi.
Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku:
'
Ramai orang tidak pasti dengan apakah maksud hadis ini, bahkan ada yang menolaknya. Cuba kita fikirkan kalau frasa itu tidak benar, wau,, mana mungkin tidak benar, kerana hadis adalah kata-kata Rasulullahsaw, beranikah ente tidak percaya kepada sabda  Rasulullah?.
'
Baiklah ana teruskan perbincangan, hadis tersebut mahu manyatakan bahawa:
Ente bukanlah ente sebenarnya, tetapi ente itu adalah Dia, dan tidak ada ente.
'
Ini bukan bermakna Dia memasuki (hulul) ente atau timbul daripada ente, ataupun ente memasuki Dia. Ini juga bukan bermakna ente memiliki sifat-sifat atau memiliki wujud. Tetapi sebaliknya apa yang dimaksudkan hadis tersebut adalah ente langsung tidak wujud, dan tidak akan ada wujud, sama ada oleh diri ente sendiri ataupun melalui Dia, ataupun dalam Dia, ataupun dengan Dia.
'
Dan juga tidak boleh dikatakan, ente dahulu wujud tetapi sekarang tidak berwujud lagi, ataupun sekarang ente masih berwujud. Sila ambil perhatian, isi penting yang hendak dinyatakan oleh hadis itu adalah:
'
Dia adalah ente dan ente adalah Dia.
Jikalau ente kenal diri ente dengan cara kesufian ini, maka ente telah kenal akan Dia, jikalautidak demikian adanya, sesungguhnya ente tidak kenal akan Dia, tetapi hanya kenal diri ente yang tidak berwujud itu.
'

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.