Rabu, 27 April 2011

Keesaan Nur Muhamad

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal  daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.
'
Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksudcahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.
Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.
'
Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.
'
Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini.
'
Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.
'
Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi.
'
Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.
'
Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.
Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang MahaPencipta.
'
Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.
'
Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasidengan pembimbing ante itu.
'
Apabila ante telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai Allah, kerana Allah menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah seperti mencintaiKU.
Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad,kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Sebagai  santapan jiwa,  ana lampirkan syair sufi terkenal  Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:
Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.