Rabu, 27 April 2011

Lembah Suci Tuwa

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga tulisan yang ringkas ini dapat memberikan kesan yang mendalam di jiwa mereka yang benar-benar cintakan Allah, maka dengan itu mereka akan berusaha untuk mengikuti jalan-jalan yang telah diterangkan Allah di dalam Kitab Suci Al Quran bagi merintis jalan untuk kembali ke kampung Akhirat, untuk menemui kekasihnya di sana. Amin…..
'
QS Thaha 20: 12. Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka tinggalkanlah kedua terompahmu, sebab engkau telah berada di Lembah Suci Tuwa.
'
Lembah Suci Tuwa, Masjidil Aqsa,nafsu Mutmainah dan Qalbu merupakan kalimat simbolik yang bermaksud sama dan ditujukan kepada orang telah mencapai makam Fakir. Makam Fakir adalah makam orang yang berserah diri kepada Allah.
'
Di  Lembah Suci Tuwa itulah diamanahkan Allah satu tahap yang tidak dimiliki oleh makhluk lainnya. Ia hanya diamanahkan kepada manusia yang telah mencapai tahap Khalifah Allah di muka bumi ini, yang telah mampu mendengar panggilan daripada Allah, iaitu melalui ilham (bagi manusia) dan wahyu (bagi para nabi). Maka dengan itu bertekadlah di dalam hati bahawa sesiapa pun yang ikhlas sudah pasti boleh menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini.
'
Cuba kita teliti panggilan-panggilan Allah tersebut terhadap mereka yang telah Fakir kepada Allah, iaitu mereka yang telah berserah diri sepenuhnya kepada Allah.
DI LEMBAH SUCI TUWA.
QS Thaha 20: 12. Tanggalkan dantinggalkan terompahmu, Aku adalah Tuhanmu.
'
DI MASJIDIL AQSA
QS Al Israk 17: 1. Berangkatlah dengan kenderaan Borak yang telah disediakan untuk menuju Tuhanmu.
'
DI NAFS MUTMAINAH
QS AL FAJR 89: 27 DAN 28. Hai jiwa-jiwa nan tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan tenang dan tenteram.
'
DI QALBU
Hadis: Baitullah (Rumah Allah) berada di Qalbu orang mukmin.
Ingatlah Rasullulah SAW ingin memberitahu bahawa di Baitullah itu ada yang tinggal di situ, yang harus ditemui sebelum Ruh meninggalkan jasad . Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu mendengarkan panggilan Allah, maka hendaklah berusaha untuk memasuki Lembah Suci Tuwa atau Masjidil Aqsa atau sampai ketingkatan Nafsu Mutmainah, maka di tempat inilah panggilan itu akan tiba (kedengaran).
'
Di manakah Lembah Suci Tuwa, di manakah beradanya Nafsu Mutmainah (jiwa-jiwa nan tenang) dan di manakah Qalbu itu?
Semua ini mesti terjawab semasa masih hidup dengan jasad ini, dan manusia mestilah berusaha untuk menemukannya dan setelah ketemu maka selalulah memasukinya.
'
Untuk lebih jelas semua itu berada di dalam Qalbu orang nanmukmin. Maka carilah Qalbu itu, jikalau sungguh-sungguh pasti berjumpa kerana Allah telah berjanji bahawa sesiapa yang bersungguh-sungguh untuk bertemu denganNYA, masa pertemuan itu pasti akan tiba. (Kaedah untuk kembali bertemuAllah telah dijelaskan dalam tulisan: Ayat Mutasyabihat ).
Semoga mendapat manfaat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.