Rabu, 27 April 2011

Menuju Maha Pencipta

Hendaklah salik melintasi alam (dan bukan alam) untuk  menuju kepada Yang Maha Pencipta, sesungguhnya Tuhan  adalah tujuan yang benar dan yang pertama.
Keadaan salik yang tidak dapat melepaskan diri dari alam atau dengan kata lain syirik kepada Allah, adalah umpama seekor unta yang berputar mengelilingi batu penggiling, walaupun jauh ia berjalan, tapi akhirnya kembali ke tempat asalnya ia bermula, bukankah ini perbuatan yang sia-sia dan membuang waktu.
'
Oleh itu, keluarlah dari perbuatan yang sia-sia itu dan masuklah ke dalam Wujud Yang Maha Pencipta. Bagaimanapun untuk memasuki wujud tersebutterdapat banyak halangan dan penjara yang perlu dilalui, sebelum sampai ke matlamat yang dituju (Wujud Allah).
'Yang pertama membebaskan diridaripada penjara alam jasad:
Penjara alam jasad adalah hawa nafsu. Di dalam penjara ini tersedia banyak hidangan yang lazat-lazat, seperti kekuasaan, kemuliaan, puji-pujian, tamak, haloba, dengki, khianat dan sebagainya.
'
Jika mahu bebas daripada penjara ini perlulah menjauhkan diri daripada perkara yang tidak baik itu, perkara-perkara itu menjadi penghalang kepada perjalanan salik menuju Penciptanya.
'
Penjara kedua adalah dunia.
Penjara ini mengandungi pelbagai keindahan dan keseronokan yang menjanjikan keabadian yang palsu kepada salik. Penjara ini menghidangkan pelbagai jenis nikmat yang seronok dan menghairahkan. Dengan lain kata inilah yang dikatakan penjara syahwat. Jikalau salik lalai dan panjang angan-angan, maka nampaknya tidak ada kemungkinan salik itu dapat bebas daripada penjara ini.
'
Penjara ketiga adalah akhirat.
Nampaknya hidangan-hidangan yang disediakan dalam penjara ini lebih enak daripada penjara dunia, di sini hidangannya adalah pahala, syurga dan bidadari yang cantik lagi menggoda. Rantai yang membelenggu  dalam penjara iniadalah kehendak dan keinginan diri sendiri. Menganggap diri sendirilah yang melakukan segala sesuatu sama ada baik atau buruk.
'
Penjara keempat adalah alam malaikat.
Inilah penjara alam maujud yangterakhir. Hidangan yang terdapatdalam penjara ini adalah kehampiran dan kemuliaan di sisi Allah SWT. Rantai yang membelenggu  salik dalam penjara alam malaikat ini adalah sisa-sisa kehendak diri sendiri dan kesadaran tentang diri sendiri, iaitu segala yang dilakukan adalah atas daya diri sendiri bukan kurniaan Allah SWT.
'
Untuk keluar dari penjara ini perlulah menghapuskan segala kehendak, keinginan, cita-cita dan angan-angan dengan menyadari bahwa salik adalah kosong, yang ada hanyalah Allah semata-mata.
'
Penjara kelima adalah ilmu Allah SWT.
Ilmu Allah SWT bukanlah alam, sebagaiman empat penjara yang sebelumnya, yang mana penjara-penjara tersebut adalah alam ciptaan Penciptanya. Ilmu Allah adalah sesuatu yang bersangkutan dengan hal-hal ketuhanan itu sendiri.
'
Hidangan yang terdapat dalam penjara ilmu ini adalah rahsia-sahsia yang ghaib-ghaib tentang hukum-hukum  Allah SWT. Dalamhal ilmu Allah ini, salik dapat melihat pentadbiran Tuhan yang menggerakkan alam dan semua kejadian yang berlaku di dalamnya. Ilmu Allah sangat luas dan  tidak bersempadan.
'
Salik yang asyik dengan ilmu Allah akan terpenjara di dalamnya buat selama-lamanya. Oleh itu, ilmu hanya dijadikan sebagai kenderaan menuju kepada Yang Maha Pencipta, tetapi ilmu itu bukanlah sebagai tujuan terakhir.
'
Penjara keenam adalah makrifatullah.
Ini adalah penjara yang paling kukuh, ilmu Allah dan makrifatullah bukanlah alam maujud, tetapi yang berkaitan dengan hal-hal ketuhanan, hidangan yang terdapat di sini adalah hakikat-hakikat,  hal-hal dan rahsia-rahsia berkaitan ketuhanan itu sendiri.
Jadi jika ditanya,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh ilmu?
Pencapaian paling tinggi ilmu tentang Allah adalah aku tidak tahu, Allah tidak dapat difikirkan, tidak dapat dibayangkan, tidak satu pun yang menyerupainya.
Jikalau ante telah sampai ke tahap ini, ke tahap kebingungan-kebingungan ini maka tahulah ante, bahawa ante telah sampai ke kemuncak yang dapat dicapaioleh ilmu, maka beralih pulalah kenderaan kepada makrifatullah.
'
Jika ditanya pula,,
Apakah pencapaian yang paling tinggi oleh makrifatullah?
Makrifatullah adalah berkaitan dengan Dzat Yang Maha Mutlak. Jikalau ditanya kepada makrifat apakah pencapaikan kamu yang paling tinggi?
Makrifatullah akan menjawab pencapaian aku yang paling tinggi adalah ke tahap  Dzat Allah,  tetapi aku tidak dapat mengenali Dzat Allah.
 Dzat Allah tidak dapat dikenal oleh sesiapa pun, termasuk para-para nabi dan wali-wali Allah. Makrifat berkata lagi, Dzat Allah sekarang adalah sebagaimana Dia (Dzat Allah) dahulu juga. Tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadapnya.  Bahkan bagi Dzat Allah tiada kini dan dahulu bagiNya.
Nah,,,
Oleh itu, sesiapa yang telah sampai ke makam makrifatullah,janganlah tinggal terpenjara di dalamnya, keluarlah dari penjara makrifatullah, barulah ante bolehsampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu Allah SWT.
Tapi,,,
Bagaimana ante boleh keluar dari penjara makrifatullah?
Keluarlah ante dengan tajrid (penganggalan atau pelepasan). Pelepasan dari segala sesuatu termasuk diri ante sendiri adalahsyarat utama untuk sampai ke Hadirat Allah SWT atau bertemu dengan Allah SWT.
Ante perlulah melepaskan ilmu pengetahuan ante, amal ibadah ante, makrifat ante, sifat ante, nama ante, bahkan segala-galanya.
Dengan demikian barulah ante bertemu Allah SWT seorang diri dan tanpa bekal, tanpa apa-apa pun, hanya dengan KurniaNya jua.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.