Selasa, 26 April 2011

Mukasyafah

Bagi salik yang telah berjuang dengan hati yang bersemangat dan sabar akhirnya Allah bersedia menerimanya. Allah akan membukakan pintu-pintu rahsianya bagi insan yang dikasihiNya. Terbukanya rahsia-rahsia  di sebalik rahsia Ketuhanan disebut Mukasyafah. Di sinilah pengalaman Ketuhanan yang paling puncak akan dirasai. Di sinilah pula baru terbuka hijab secara kasyaf, sehingga Wujud Allah tidak diragukan lagi. Kehadiran Wujudyang tidak berawal dan tidak berakhir itu… (Wujud, Qidam dan Baqa), …..dilihatnya dengan jelas dan tanpa ragu-ragu.
'
Dalam kata lain,  pembukaan ini disebut juga Tajali Ilahi,  Tajali Dzat atau ‘Mati sebelum mati’ dan dengan beberapa istilah lain lagi,.. yang akah menghasilkan liqa Allah (aspek kewujudan Allah). Setelah penyaksian Wujudtersebut,  maka di sinilah bermula syahadah yang benar,…bukan syahadah yang palsu. Dikatakan syahadah yang benar kerana salik telah menyaksikan Wujud yang sebenar, dan itulah arah Kiblatnya yang tepat, dan tidak tersasar.
'
Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah.
Syahadah yang benar, kerana salik bersaksi (melihat dengan mata hatinya Wujud yang sebenar),..melihat Hakikat Ketuhanan di dunia ini. Bagaimanapun, apabila telah bersaksi maka salik akan mengalami kematian,….”Mati syahid”…. (mati dalam penyaksian), dan yang tinggal hanyalah Wujud Yang Mutlak.
'
Maka dengan itu jadilah salik seorang yang Fakir, yang telah mengetahui dan menyaksikan Nur Insan (RuhKu), Nur Muhammad (RasulKu) dan Aku (Dzat Mutlak).
'
Dengan bersaksi atas kehadiran Allah, maka dengan selarinya pula telah menyaksikan Muhammad Rasul Allah .
Muhammad Rasul Allah yang telah mesra dengan Ahmad bin Abdullah,… (Fulan bin Fulan), menyebabkan Ahmad larut  dan juga digelar Muhamad Rasul Allah. Bahkan beliau juga diberi gelaran: Ahmad bila min (Ahmad tanpa min)…. Ahad …Esa.
'
Dan mereka yang telah bersaksi itulah yang mendapat kemenangan di dunia dan akhirat,.. kerana ia bersyahadah dengan penyaksian yang benar, bukan syahadah  palsu…

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.