Kamis, 28 April 2011

Singgahsana

Manusia itu sesungguhnya mati,
kecuali yang berilmu,
yang berilmu pula  tertidur,
kecuali yang mengamalkan ilmunya,
yang mengamalkanya pula tertipu,
kecuali yang Ikhlas.
maka,  ingatlah,
janganlah tertipu,
walaupun,
penipuan yang tidak disedari,
ingatlah,
apabila nyata ketiadaan dirimu itu,
maka nyatalah yang ADA,
siapakah yang Ada  itu?
tidak lain,
KEBENARAN (Al Haq),
oleh itu,
“matikanlah dirimu sebelum kamu mati”,
maka,
siapakah yang ada setelah kematian dirimu itu?
tidak lain,
AKU ( Al Haq) lah yang Ada.
Setelah Dia yang ada,
maka selain dariNya adalah,
fatamorgana,
hanya bayangan,
hanya kekosongan,
dan sesungguhnya Dialah yang meliputi
kekosongan dan ketiadaan dirimu itu,
maka ingatlah,,
kekosongan dirimu itulah,
dan ketiadaan dirimu itulah,
SINGGAHSANA  NYA,
dan di situlah Dia bersemayam,
bukan pada  jasadmu,
bukan pada  jiwamu,
bukan di hatimu,
dan bukan juga pada  ruhmu.
oh,,
betapa indanya ini,
bagi yang mengerti.

Keabadian

Saat dia telah mengenal dirinya yang sejati,
makrifatullah,
maka dia bukan lagi selonggok daging,
atau sekujur tubuh,
Apabila saat perkenalan itu telah tiba,
'
maka dzikirnya tidak lagi dengan suara atau dengan gerak,
tetapi dzikirnya adalah melihat siapa yang dia ingat,
Allah,
Dia melihat wajah Allah,
di manapun dia berada,
dan,
dia tidak lagi melihat mati itu, suatu kematian,
kerana,
sesungguhnya,
ketika itu,
Dia menyusuri ruang waktu,
milik Allah,
dan bersama Allah.
Ketika itu,
Salik adalah Cahaya Allah di bumiini,
dan dia tetap menjadi Cahaya milik Allah,
saat di akhirat nanti,
dan,
sesungguhnya,
kerana,
dia adalah milik Allah,
terserah kepada Allah,
mahu dibuat apa,
Salik itu.
'
'
'
TAMBAHAN KATA
'
Ilusi insan, ilusi alam
Ilusi Tuhan, ilusi Hamba
Semuanya ilusi, semuanya sangkaan, semuanya TabirNya.
'
Tiada salah, tiada benar
Tiada imam, tiada makmum
Tiada anak, tiada isteri
Tiada ulama’, tiada jahil,
Semuanya TabirNya.
'
Tiada zahir, tiada batin
Tiada awal, tiada akhir
Tiada kufur, tiada iman
Tiada Rasul, tiada umat
Semuanya TabirNya.
'
Tiada ugama, tiada falsafah
Tiada mazhab, tiada tariqat
Tiada mazkur, tiada zikir
Tiada madlul, tiada dalil
Tiada sembahan, tiada yang disembah
Semuanya TabirNya.
'
Yang ada hanya Dia, Zat Yang Agung
Hilangkan sekalian sifat, nama dan af’al
Hilangkan sekalian salah-sangka.
'
Hidup bukan untuk berugama
Hidup bukan untuk berselindungdisebalik AlQuran dan AlHadith
Hidup bukan untuk mendabik dada.
'
Lepaskanlah sekalian ilusi mindadan hati
Baru bisa merasa hidup sejati.
Berilah jawaban: Siapa anta?
Jangan takut, jangan ragu
Selagi anta masih menanggung beban ilusi hidup dan mati
Anta tidak bisa berani memberi jawabannya.
'
Hidup yang sejati tidak bisa bercampur-baur dengan kenistaan insan dan dunianya, walaupun serban dan janggutnya putih lagi mulus.
'
Yang disangkanya musibah, sebenarnya rahmat
Yang disangkanya Tuhan, sebenarnya iblis
Yang disangkanya ugama, sebenarnya hawa nafsu ammarah
Yang disangkanya baik, sebenarnya buruk
Yang disangkanya bersih, sebenarnya nista semata
Begitulah sebuah ilusi kehidupan ciptaan Zat Yang Maha Agung.
'
Tawakal adalah perbuatan hati, sedangkan TAUHID adalah ucapan hati. Barangsiapa mengetahui HAKIKAT TAUHID pasti akan gugur darinya pertanyaan MENGAPA DAN BAGAIMANA. Hakikat kedekatan kepada Allah adalah hilangnya rasa pada sesuatu dari hati bergenti ketundukan NURANI kepada Allah,
'
Apabila kamu telah mengenal diri tiada lagi persoalaan, keranakita ini adalah seorang hamba yang hina, sebab itulah kita kenabuat penyerahan hamba kepada tuanNya.
'
Di situlah permulaan bimbingan,yang DIA sendiri akan membimbing kita ke jalan yang diredhaiNya. Surah Al FATIHAH Ayat 4 & 5 adalah kunchinya, di dalam solat itu sendiri ada rahsianya di mana kita berkata-kata dengan Allah, memujiNya, bertasbih & bermunajat denganNya.
'
segala-galanya termaktub apabila sesaorang mendirikan solat, segala rukun iman & islam dizahirkan melalui perbuatan & hati.

Rasa dan kenal

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?
Jikalau boleh bagaimanakah caranya?
Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkandan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.
Dan di sinilah banyak salik yang keliru?
'
Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?
Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya,janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.
Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengannyata dan terang?
'
Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.
'
Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.
'
Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.
'
Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkahruginya mereka yang sebegini.
Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.
'
Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang.
'
MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakankehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.
Inilah yang dikatakan ilmu rasa,
Hanya yang merasa yang mengenal.
Dan melihatNya dengan nyata dan terang.

Keberhasilan

Salik berhasil menyaksikan Tuhan
di dalam dirinya
bermusyahadah
mujalasah
dan kemudian  mengalami
kesatuan
yang melarutkan keseluruhan dirinya
di dalam Dzat Allah
Yang Maha Meliputi.
'
'
'
TAMBAHAN KATA.
'
Pulau pandan jauh ketengah..
Gunung daik bercabang tiga…
hancur badan dikandung tanah..
Budi yang baik dikenang juga…
'
pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas dapat dibayar
hutang budi dibawa semadi
'
Sugguh menginsafkan rohani. berzikir dgn makrifat. Mengalunkan kata dari hati yangsuci . Meniup keshahduan untuk tenggelam dialam rasa. Senandung zikir kutitipkan. Untuk bahagia bersama kasihnya. Biarlah diuji, asalkan cinta bersemi. Itulah tajalli , cintakan Allah.
'
kita sepatutnya reda diuji,,
ini adalah bagi membuktikan kesetiaan dan kecintaan kita,
kepadaNya,,
bagi yang tak sanggup diuji,, itu menunjukkan cinta palsu semata.
'
iman hendak bertanya ttg bab bersuci. hakikatnya dan bagaimana caranya yg benar danbetul?
sorang sahabat pernah bercerita kepada iman, Rasulullah mendatangi isteri-isterinya padasatu mlm, bagaimana baginda mandi junub sebelum baginda mendatangi isterinya yg lain.
dan bila iman refer buku2 mandihadas dipasaran, terlalu banyak caranya..ada yg wuduk dulu sebelum mandi…ada ,mandi dulubaru wuduk…. dan memacam lg,….boleh saudara terangkan cara yg btul dan benar?
'
sahabat ini juga pernah berkata…jika kita masih tidak bersuci, jangankan membaca Al-quran…memijak bumi, makan, minum pun haram jadinya…boleh saudara terangkan hal ini?
'
hakikat kesucian sesuatu benda mestilah benda itu sendiri,, ia tidak bercampur,,
dengan benda-benda lain.
contohnya,, hakikat kesucian gula adalah gula itu sendiri,, ia tidak boleh bercampur dengan benda lain,,
umpamanya pasir,, jika gula telah bercampur dengan pasir,, maka gula itu tidak suci lagi,,
jadi pasir harus dibuang agar gula menjadi suci kembali,,
begitu jugalah hakikat kesucian antara kita dengan Dia. (harap faham daripada analogi di atas).
simple nya beginilah,, mandi wajib itu ada hukum dan syaratnya,,
apabila kita melaksanakan hukum-hukum yang telah digariskan,,
maka sahlah mandi wajib kita itu,, jika bersalahan dengan hukumnya,
maka tidak sahlah mandi wajib kita itu.
jadi untuk memperolehi mandi wajib yang sah, ketahuilah hukum dan syaratnya
dahulu,, baru laksanakannya,, kesimpulannya buatlah sesuatu itu dengan ilmunya.
bagi ana, cara pelaksanaannya,, selagi tidak bersalahan dengan hukumnya,, boleh saja,,
yang mana nak didahulukan atau dikemudiankan.
'
Berrsucilah lahir dan batin.
bila berhadas dan hendak mennyucikan lahir, secara lahiriahnya adalah dgn air dan perlaksanaannya berdasarkan garis panduan yang telah disyariatkan. Perkara2 lahir, memang tertakluk kepada tatacara dan masa. Buatlah dengan ilmu , selagi tidak bersalahan.

Melihat

Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal iaTuhannya.
Golongan ini adalah apa yang dikatakan golongan makrifatullah,
Bagi yang  makrifatullah,   tatakala mereka memandang ke sekeliling atau di luar dirinya,
maka apa yang dilihatnya adalahdirinya jua. Kerena bagi mereka alam dan dirinya esa jua, tiada dua dan tiada tiga.
Nah jikalau begitu,,
Jikalau sekelian alam dan dirinyaesa, nescaya yang dilihatnya adalah dirinya jua.
Seperti Sabda Rasullulah:
Ra’aitu rabbi bi ayni rabbi.
Ku lihat Tuhanku dengan mata Tuhanku.
Ra’aitu rabbi bi rabbi:
Ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.

Cahaya hadhis

Pada kali ini, ana akan membincangkan tentang keesaan wujud atau dalam bahasa Arabnya Wahdat al wujud. Bagi ahli sufi keesaan wujud amat penting difahami kerana kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur.
'
Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari-pencari (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini).
'
Dan beliau dengan lebih berani menyatakan: Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA.
'
Wah, sungguh berani pernyataanbeliau (tetapi ia ditujukan kepada khalayaknya), dapatkah semua orang menerima pendapat yang sebegitu, tetapi hakikatnya itulah makrifatullah yang sebenar, yang dipegang oleh ahli-ahli sufi besar yang lain.
'
Baiklah sekarang cuba kita lihat tentang Hadis Qudsi, yang sangat popular di kalangan pencari-pencari (sufi) yang setia.
Sesiapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya mengenal ia Tuhannya:
'
Berdasarkan hadis tersebut, ia cuba menyatakan bahawa Dia tidak bersama atau bersekutu dengan sesiapa atau dengan apa-apa pun, sama ada zahir dan batin, sama ada sekarang, masa lalu ataupun masa akan datang.
'
Dia juga tidak di atas, di bawah, di kanan atau di kiri, dan tiada siapa pun atau apa pun yang hampir atau jauh dariNya. Tidak ada masa tidak ada ketika, tidak ada penzahiran dan tidak ada tempat yang bersangkutan dengan Dia. Bahkan Dia dahulu sama dengan Dia sekarang. Dia satu (wahid) tanpa kesatuan (wahidiyah).
'
Dia bukan nama atau benda yangdinamakan, kerana namaNya adalah Dia dan benda yang dinamakan adalah juga Dia. Tidak ada nama selepas namaNya dan tidak ada nama selain namaNya.
'
Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Dzahir dan Yang Bathin. Tidak ada yang lain selain Dia.
Tiada yang melihat Dia, kecuali Dia. Tidak ada nabi, wali ataupunmalaikat yang kenal Dia. Hanya Dia yang kenal Dia. Dia mengutus diriNya kepada diriNya sendiri dengan cara diriNya sendiri, dari diriNya sendiri kepada diriNya sendiri. Tidak ada penyebab kecuali diriNya sendiri. Tidak ada perbezaan antara “yang mengutus” dengan “yang diutus” dan “yang menerima utusan”.
'
Kenabian dan kerasulan itupun diri Dia sendiri juga. Kerana itulah Rasullulah saw bersabda:
Siapa yang mengenal dirinya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Sekarang cuba kita lihat pula satu lagi Hadis Qudsi yang popular di kalangan sufi.
Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku:
'
Ramai orang tidak pasti dengan apakah maksud hadis ini, bahkan ada yang menolaknya. Cuba kita fikirkan kalau frasa itu tidak benar, wau,, mana mungkin tidak benar, kerana hadis adalah kata-kata Rasulullahsaw, beranikah ente tidak percaya kepada sabda  Rasulullah?.
'
Baiklah ana teruskan perbincangan, hadis tersebut mahu manyatakan bahawa:
Ente bukanlah ente sebenarnya, tetapi ente itu adalah Dia, dan tidak ada ente.
'
Ini bukan bermakna Dia memasuki (hulul) ente atau timbul daripada ente, ataupun ente memasuki Dia. Ini juga bukan bermakna ente memiliki sifat-sifat atau memiliki wujud. Tetapi sebaliknya apa yang dimaksudkan hadis tersebut adalah ente langsung tidak wujud, dan tidak akan ada wujud, sama ada oleh diri ente sendiri ataupun melalui Dia, ataupun dalam Dia, ataupun dengan Dia.
'
Dan juga tidak boleh dikatakan, ente dahulu wujud tetapi sekarang tidak berwujud lagi, ataupun sekarang ente masih berwujud. Sila ambil perhatian, isi penting yang hendak dinyatakan oleh hadis itu adalah:
'
Dia adalah ente dan ente adalah Dia.
Jikalau ente kenal diri ente dengan cara kesufian ini, maka ente telah kenal akan Dia, jikalautidak demikian adanya, sesungguhnya ente tidak kenal akan Dia, tetapi hanya kenal diri ente yang tidak berwujud itu.
'

Rabu, 27 April 2011

Keesaan Nur Muhamad

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal  daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.
'
Nur adalah dalam bahasa Arab, dalam bahasa kita ia bermaksudcahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.
Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.
'
Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.
'
Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini.
'
Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.
'
Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi.
'
Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.
'
Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.
Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.
Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang MahaPencipta.
'
Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.
'
Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasidengan pembimbing ante itu.
'
Apabila ante telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai Allah, kerana Allah menyatakan; siapa yang mencintai RasulKu, samalah seperti mencintaiKU.
Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad,kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta.
Sebagai  santapan jiwa,  ana lampirkan syair sufi terkenal  Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:
Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.
Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.
Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.
Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.