Selasa, 26 April 2011

Gangguan

Terdapat manusia yang porak- peranda hidupnya kerana diganggu syaitan dan jin. Tidak kiralah sama ada terkena sihir atau saka.
Tetapi jangan lupa sebenarnya golongan tersebut juga (syaitan dan jin) mempunyai tugas yang diberikan Allah kepada mereka. Allah berfirman: Jikalau kamu lupa kepada KU  maka AKU (Allah) akan menghantarkan syaitan atau jin sebagai teman kamu.
'
Dan jangan lupa Iblis juga pernah berkata kepada Allah: Demi Kekuasaan mu Ya Allah, aku (iblis) akan menyesatkan umat manusia.
'
Dengan itu jelas bahawa iblis, syaitan dan jin menyesatkan danmemporak-perandakan manusia dengan Kekuasaan Allah, … maksudnya dengan izin Allah,.. tetapi bukan dengan Kehendak Allah.
'
Bagaimanakah seseorang itu boleh terlepas daripada gangguan golongan tersebut?…. tidak ada jalan lain, … kecuali kembali kepada Allah.
'
Syaitan dan jin tidak dapat mengganggu manusia, apabila ‘sempadan’ antara hamba dan Tuhan sudah tiada lagi. Bagaimanakah hendak menghapuskan sempadan tersebut?  Itu sesuatu yang amatsulit pula,…..hanya dengan Kurnianya  juga.
'
Tuhan: Apabila Dia melihat Dirinya dengan Dirinya.
Hamba: Apabila “Salik”  melihat Tuhannya dengan dirinya.
Itulah yang dimaksudkan oleh Ahli Makrifat, Tuhan tetap  Tuhandan hamba tetap hamba, …  tidak Tuhan menjadi hamba dan tidak pula hamba menjadi Tuhan. Pembahagian itu amat jelas sekali, jangan ragu-ragu lagi,…….kecuali kepada mereka yang telah dibukakan ‘Mata Hati’ oleh Allah.
'
Bagi mereka yang telah dibukakan Mata Hati, …selalulah setia dengan Keesaan dengan Allah,…
Inilah kenikmatan yang paling tinggi yang boleh didapati….

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.