Rabu, 27 April 2011

Hakikat wujud

Wujud yang paling nyata adalah wujud Allah, wujud benda termasuk diri sendiri  adalah dengan cahaya Allah (Dzat Allah).
'
Apabila ante melihat sesuatu benda di sekitar ante, yang pertama ante lihat adalah CahayaAllah, kemudian baru rupa wujudyang ditunjukkah (diterangi) Cahaya Allah tersebut.
'
Sebagai analogi: Apabila ante membuat sesuatu bentuk (ukiran) dengan lilin (katakanlah sebuah patung manusia),  yang pertama ante perhatikan adalah lilin, kemudian rupa bentuk patung yang anda buat itu, tetapi tahukah ante bentuk adalah sebuah khayalan (hanya berada dalam fikiran) dan tidak wujud pada zahirnya.
'
Bentuk patung manusia itu ada dalam khayalan ante sahaja, pada zahirnya bentuk itu adalah lilin. Jadi tidak ada bentuk pada lilin, ini terbukti apabila ante pecahkan bentuk (ukiran)  itu, semuanya bentuk itu akan hancur dan yang tinggal adalah lilin semata. Jadi bentuk dan lilinadalah esa (satu) jua.
'
Oleh yang demikian bentuk tidak beserta dengan lilin, dan dengan ini tidak membolehkan ia menjadi dua, ( bentuk dan lilin), tetapi hanya lilin yang ada.
'
Benda atau rupa adalah kosong (adum), hanya lilin yang ada, kerana benda atau bentuk tiada hakikatnya, ia hanya wujud dalam khayalan atau fikiran sahaja.
'
Dengan analogi ini dapatlah pemahaman bahawa hanya Dzat dan Sifat Allah sahaja yang ada, manakala makhluk hakikatnya tiada, hanya kosong.
Oleh itu, apabila ante melihat kepada diri ante atau benda-benda yang lain di sekeliling ante, pertama ante lihat adalah Dzat Allah, kerana makhluk tiadahakikatnya, ia ada kelihatan hanya kerana pancaran Cahaya Allah. Apabila makhluk Fana maka ia menjadi yang Mutlak.
'
Ingatlah,  pandangan (mata hati)terhadap diri ante sendiri adalah pandangan terhadap Allah (apabila ante memahami perkaraini), kerana jasad ante tiada hakikatnya, fana, maka inilah juga yang dikatakan: Siapa yang kenal dirinya maka kenal ia Tuhannya.
'
Dengan yang demikian, apabila ante melihat sesuatu termasuk diri ante, pandangan terhadap Dzat Allah adalah yang pertama, berbanding pandangan terhadap benda atau diri ante. Kerana jikalau ante melihat benda atau diri ante dahulu, berkemungkinan ante  terlupa melihat Dzat Allah, dan dengan itu ante terhijab daripada melihat Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.