Rabu, 27 April 2011

Sufi dan Firaun

Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebati di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebati di dalam diri Ihsan (makrifatullah).
'
Begitulah rahasia kesebatian sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan ,  sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan  luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan.  Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’…
'
Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran , bahawa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeza.
'
Sikap yang diambil Firaun adalahberbeza dengan yang diambil oleh Sufi . Sufi terkenal, Abu YazidBistami berkata: Aku Allah . Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana.
'
Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah , adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya , sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanyaAllah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana.
'
Maka seharusnyalah  beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi iatimbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan  oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahun apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu  adalah kufur dan syirik.
'
Di sinilah perbezaan antara ucapan Firaun:’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan.
Berbeza dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: Aku Allah. Beliau mengungkapkan inidalam ketidaksadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah didalam dirinya,  yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Berbagi pendapat sesama sahabat..
Dan saya juga masih belajar.